Cubaan menculik anak, ini kenyataan Dr Che Hafiz, bekas suami Lufya

6,206 views

Satu kes cubaan mengambil anak perempuan kepada pelakon Lufya Omar, 37 tahun, telah berlaku pada hari Ahad yang lalu.

Lufya yang cuba menghalang kejadian berkenaan telah alami kecederaan di bahagian wajah dan anggota badannya.

Namun kerana usaha melawan pelakon berkenaan, cubaan berkenaan telah gagal dan Lufya serta anaknya Laana Haura telah terselamat.

Mendengar kejadian ini, ada pihak yang terus menuding jari dan berkata ini mungkin ada penglibatan dari pihak bekas suami kepada Lufya iaitu Dr Che Hafiz.

“Ini mungkin ex husband awak kan, kena buat report polis. Memang dayus.” Ini antara komen yang ditulis.

Melihat ada yang cuba buat tuduhan seperti itu, Dr Che Hafiz, 32 tahun tampil memberi kenyataan.

Jelas Hafiz, apa yang dilemparkan kepadanya itu tak benar sama sekali. Semalui laporan dari Harian Metro, Dr Che Hafiz menyatakan, dia masih lagi waras, dan jika nak jumpa dia akan menghubungi bekas isterinya itu, bukannya nak buat onar seperti itu.

“Tuduhan netizen itu tak betul. Sebagai bapa, saya memang tidak sanggup nak buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin dari bekas isteri. Kalau tak dapat jumpa, saya akan cuba runding dengan baik.”

“Nak jumpa anak, saya selalu cakap baik-baik dan bukan akan naik angin. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Tetapi bukannya dengan cara seperti itu. Saya akan cuba faham kalau tak dapat jumpa anak. Saya sabar dan tak berputus asa.”

“Tak perlu nak menyerangnya macam tu kalau saya tak dapat jumpa, saya ni tak ada nak berdendam dengannya. Perkara dah pun lepas biarlah ianya berlalu. Saya dah move on, dan ada life sendiri, saya pun tak akan upah orang lah.”

Tentang kejadian menimpa Lufya itu, Dr Che Hafiz pun baru tahu dari kenalannya.

“Saya pun baru tahu apabil ada rakan yang forward berita itu. Kalau tak, memang tak tahu.”

“Patutnya dia kena cakap pada saya kerana saya ini masih lagi ayah kepada anak kami, walau saya bukan lagi suami kepadanya.”

“Lepas saya tahu, saya buang ego dan terus call bekas isteri nak tahu keadaan anak. Syukur semuanya baik-baik saja.”

“Saya harap dia akan buat report polis segera, dan kena berhati hati lepas ini.”

Itulah komen dari Dr Che Hafiz tentang kes cubaan menculik anak perempuan Lufya iaitu Laana Haura.