Selebriti popular Janna Nick sedang merancang untuk membina sebuah pusat tahfiz di negeri kelahirannya iaitu di Kedah.
Pelakon dan penyanyi berumur 26 tahun ini akan membina pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Jelasnya lagi, kalau diikutkan pusat tahfiz berkenaan mungkin akan menelan kos sebanyak RM6 juta secara keseluruhannya.
Janna juag telah memilih nama pusat tahfiz berkenaan iaitu Kompleks Tahfiz dan Anak Yatim Nurul Jannah.
“Semoga urusan pembinaan pusat tahfiz ini akan dipermudahkan. Saya memang lama dah pasang impian nak mempunyai rumah tahfiz dan juga rumah anak yatim.”
“Syukur alhamdulillah tak disangka telah diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk bersama-sama membangunkan Kompleks Tahfiz dan Anak Yatim Nurul Jannah ini.”
“Saya pilih lokasi di Kampung Bukit Kechil sebab disinilah tempat saya membesar. Saya juga amat percaya dengan AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.”
Ini pula komen dari Janna Nick tentang kos pembinaan.
“Buat masa sekarang kos yang sudah dikeluarkan termasuk sumbangan dari orang ramai adalah RM400ribu dan ini termasuklah pembelian tanah seluas kira-kira 8000 meter persegi dan juga menambak tanah.”
“Jumlah total nak bina pusat tahfiz dan rumah anak yatim ini dalam anggaran RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500ribu. Sekiranya dana dah cukup RM2 juta pihak kami akan terus mulakan pembinaan kompleks ini.”
Untuk mendapatkan dana berkenaan, sasaran dijangka dicapai dalam masa dua tahun lagi.
“Pusat tahfiz ini khas untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah enam. Satu kelas boleh muat seramai 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini akan jadi kenyataan. Walaupun kos agak besar nilainya, saya amat mempercayai dengan kuasa sedekah. Doakan semoga usaha kecil ini dapat ganjaran untuk akhirat kelak.”
Itulah usaha murni dari Janna Nick yang mahu membina pusat tahfiz dan juga rumah anak yatim, semoga segalanya dipermudahkan.