Umur 39 tahun, belum temui jodoh, Sherry Ibrahim sering ditanya bila nak kahwin

2,001 views

Kalau dah tiba hari raya ni, mulanya saudara mara akan bertemu sesame sendiri. Dah lama tak jumpa, maka ramai yang akan mula membuka cerita dan nak tahu perkembangan sesama sendiri.

Pakcik makcik dah tentu nak tahu perkembangan anak-anak buah yang dah lama tak jumpa. Dan kadangkala mereka akan bertanya soalan yang mungkin dianggap sensitive.

Antara soalan yang sering diajukan ialah seperti isu jodoh, isu anak dan juga isu pekerjaan.

Pelakon terkenal Sherry Ibrahim antara yang sering diajukan soalan berkaitan tentang jodoh.

Sudah masuk ke umur 39 tahun, Sherry Ibrahim dah lali nak jawab soalan berkenaan.

Pelakon ini bagaimanapun tak ada pun terasa hati mahu pun mudah melatah kalau ada yang bertanya tentang jodoh.

Namun ternyata isu berkaitan jodoh ini merupakan aturan dari Illahi.

“Shery okey je orang tanya soalan macam tu. Ye lah mesti semua orang pun nak tahu tentang. Kadangkala mereka tanya sebab mereka memang ambil berat. Tak pe, mereka tanya je.”

“Kepada wanita kat luar sana yang macam Sherry belum ada jodoh, its okey, itu hanya soalan saja. Yang penting jangan susahkan sesiapa.”

Di umur 39 tahun, Sherry kini sedang menunggu jodoh untuk tiba.

“Saya sekarang dah masuk ke umur 39 tahun. Bila dah umur macam ni, Sherry dah tentu sudah prepare dengan soalan-soalan macam tu, tentang jodoh.”

“InsyaAllah kalau ada jodoh dia akan datang juga, tapi Allah yang tentukan jodoh saya. Dah tentu kita semua nak settle down. Jadi kena tunggulah.”

Tentang jodoh, dia bukannya seorang yang sukar untuk didekati namun mungkin orang tak kenal, dan nampak umpama Sherry seorang wanita yang bekerjaya sukar didekati.

“Kalau kenal Sherry, maka baru kenal, tak kenal maka tak cinta. Mungkin personality Sherry ni kuat, very independent, semua benda buat sendiri. Tapi jangan hanya hakimi secara luaran.”

“Memilih tu yes, dah tentu kena memilih sebabnya kita nak yang terbaik untuk diri kita. Tunggu saja saya buat pengumuman kalau ada la.”

“Sekarang ni selagi tak ada cincin di jari maka saya tak ada apa nak cakap tentang jodoh.”

Itulah komen Sherry Ibrahim tentang jodohnya pada umur 39 tahun.