“Dah beri kerjasama” Tauke Raja Lawak akui ditahan untuk bantu siasatan

1,496 views

Pelawak terkenal Tauke dari kumpulan Jambu, kini membuat satu kenyataan di laman Instagram miliknya petang tadi. Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri menjelaskan sedikit tentang kejadian yang berlaku dan apa sebenarnya yang terjadi.

Pelawak berumur 45 tahun ini telah membuat pengakuan bahawa memang dia telah ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

Namun, Tauke menjelaskan bahawa dia ditahan adalah kerana untuk membantu penyiasatan kes berkenaan saja.

Ini komen penuh dari tuan punya badan: “Untuk semua yang maih belum puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan, dan aku dah pun beri kerjasama secara sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Tauke juga dengan tegas menjelaskan dia langsung tak terlibat dengan aktiviti yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini.

Aku ni bukannya jadi bapakayam atau jadi tukang hantar transporter, aku tiada kaitan dengan aktiviti sebegitu.

Tauke juga sempat bercerita tentang kisah petani dan juga kambing yang mana intipatinya adalah janganlah membuat tuduhan melulu dan jatuhkan hukuman.

Sebelum ini Tauke berkata dia akan buat satu sidang media khas tentang isu ini kerana ramai yang tertanya siapakah individu yang ditahan.

Tauke juga ada membuat luahan hati mempersoalkan adakah mereka yang buka aib orang lain adalah orang yang mulia.

Salam rakan-rakan yang beriman, kita ni seronok main jari jemari. Amat seronok buka aib orang lain, cakap yang tak elok dan mengumpat serta mencemarkan maruah orang lain. Adakah rasa mulia.

Rakan pihak media, para blogger dan wartawan, pen merupakan amanah untuk betulkan dan ceritakan tentang kebenaran bukan ruang untuk tambah lagi dosa. Kalian jadi suis buka ruang dosa orang lain. Jadilah imam untuk mereka.

Nama Tauke telah naik dan dikaitkan dengan kes berkenaan, namun Tauke dan isteri telah menafikan hal berkenaan.

Kemudian banyak juga nama beberapa pelawak lain selain Tauke yang turut terpalit sama antaranya seperti Shahrol Shiro, Joey dan juga Wan Wala.