“Masa tu saya rasa macam dah tiada nyawa, setiap kali ada panggilan saya takut”

2,004 views

Kisah Siti Sarah mendapat liputan yang meluas sejak beberapa hari yang lalu. Setelah ditidurkan kerana paras oksigen yang rendah, Sarah kemudian jalani operation untuk mengeluarkan baby dalam kandungan.

Baby kini selamat dilahirkan dan dalam keadaan yang amat baik namun keadaan Siti Sarah masih lagi belum sedarkan diri. Sebagai suami, sudah tentu ini merupakan dugaan berat buat Shuib.

Bercerita tentang kisah ini dan pengalaman di hari pertama dan kedua, Shuib akui pernah hampir berputus asa.

Pada pukul 7.45 malam Jumaat, paras oksigen isteri saya ni dah jatuh sampai 69 peratus, ketika tu saya rasa macam saya ni sendiri dah tak ada nyawa.

Sekitar jam 11 malam doktor call saya untuk maklumkan keadaan terkini Sarah adalah terlalu kritikal, oksigennya dah turun sampai 40 peratus saja, saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu nak buat apa dah.

Namun Allah berikan rahmat kepada mereka yang memerlukan dan masa ni memang ramai yang doakan Sarah. Maka berlakulah satu keajaiban kerana paras oksigen Sarah naik hingga 77 peratus.

Berkat semua buat sembahyang hajat, bacaan surah Yasin, satu per satu Allah permudahkan urusan. Terima kasih semua. Keajaiban berlaku depan mata, bila dirasakan dah tak ada harapan, tuhan yang maha besar berikan keajaiban, memang luar biasa.

Berita baik berterusan apabila paras oksigen Siti Sarah terus naik dan mencecah 85 peratus pada petang Sabtu.

Keadaan berada di rumah, Shuib akan rasa cuak jika menerima panggilan telefon kerana khuatir berita apa agaknya yang bakal diterimanya.

Setiap kali dapat call dari nombor tidak dikenali, saya akan jadi takut. Tetapi saya tetap kena angkat call kerana ianya mungkin dari doktor yang nak kemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya.

Siti Sarah kini masih dirawat di unit ICU dan telah ditiarapkan, dikhabarkan ada sedikit darah beku di paru-paru dan juga jantung sedikit lemah.