Ibu tiri cerita, arwah Siti Sarah pernah cakap nak ‘rehat’ bulan Ogos

32,913 views

Isteri kepada Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi, 34 tahun, ibu tiri kepada arwah Siti Sarah ada bercerita tentang kisah Siti Sarah pernah menyatakan dia nak berehat pada bulan Ogos ini.

Untuk yang tak tahu, selain ibu tiri, Siti Fatimah merupakan rakan niaga Siti Sarah dalam perniagaan syarikat Ratasya Empire, diusahakan bersama-sama.

Siti Sarah ada memberitahu mahu mencari penganti wajahnya untuk tiga produk syarikat berkenaan sebab mahu berehat.

Arwah Siti Sarah ada cakap nak cari pengganti yang boleh ganti wajahnya untuk tiga produk sekitar bulan Mei lepas. Sebabnya dia kata nak berehat pada bulan Ogos. Perkara ini juga ramai yang perasan terutama staff syarikat. Memang tidak disangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya.

Sejak pemergian Siti Sarah, Siti Fatimah yang lebih mesra di panggil ‘Makde’ berkata sambutan luar biasa terjadi menerusi penjualan produk sejak akhir-akhir ini.

Syukur alhamdulillah peningkatan jualan amat mengejutkan saya dan juga staff. Bayangkan, ada agent yang tak aktif scara tiba-tiba kembali rancak tambah produk setelah dapat permintaan tinggi. Antara yang paling laris ialah jubah yang dipakai oleh arwah. Kami ada tambah keluaran untuk raya Aidiladha yang lepas, kini permintaan memang banyak.

Selain itu, ada agent bagitahu ada di antara mereka nak beli jubah sebab nak dijadikan kenangan dan mahu ikut jejak langkah arwah yang suka bersedekah.

Bercerita tentang sedekah, Siti Fatimah ada bercerita tentang kisah sebelum Siti Sarah pergi di bawa ke hospital.

Pada hari Siti Sarah pergi ke hospital, arwah ada minta saya transfer semua duit dalam akaun peribadi ke dalam akaun bank saya. Semasa tunggu ambulans sampai ke rumah nak bawanya ke hospital, dia mesej saya dan minta saya transfer.

Saya tanya untuk apa, lepas tu dia cakap dia pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Ketika sedang di hospital dan sebelum dia ditidurkan, arwah SIti Sarah minta saya untuk sedekahkan wang RM30000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

Sarah sempat juga bertanya adakah jumlah itu cukup, saya beritahu terpulanglah. Syukur alhamdulillah saya dah tunaikan amanah dia untuk sedekah kepada yang memerlukan.

Itulah komen dari Siti Fatimah Suberi, ibu tiri arwah Siti Sarah seeprti yang dilaporkan oleh portal Harian Metro.