Spekulasi rumah tangga Siti Nurhaliza dan Dato K akhirnya terjawab

23,351 views

Dua hari yang lalu, timbul spekulasi tentang rumah tangga penyanyi nombor satu tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid atau Dato K. 

Semuanya terjadi apabila Siti telah muatnaik beberapa siri hantaran di laman Ig story miliknya berkenaan kisah suami isteri. 

Rata-rata hantaran berkenaan tentang layanan suami kepada isteri dan juga ujian suami isteri. 

Ini di antara beberapa paparan yang dimuatnaik oleh Siti. 

Ig story Ctdk yang cetuskan spekulasi

Dek kerana itu, mulalah pertanyaan, adakah sesuatu yang terjadi dalam rumah tangganya itu. 

Semalam semua persoalan itu telah pun terjawab. 

Siti Nurhaliza dan suami serta keluarga telah hadir bersama ke satu majlis. Mereka dilihat mesra dan mengenakaan pakaian sedondon berwarna hijau. 

Penyanyi lagu Cindai ini turut menulis caption menjawab spekulasi yang telah timbul. 

Ha suka gosip tau. Tidak baik tau untuk fikir yang bukan-bukan, korang ni pun.” Tulisnya. 

Ini pula caption untuk foto yang mana Siti dilihat sedang berkata sesuatu kepada suaminya itu. 

Pst, nak bisik kejap ni.” Tulis Siti sambil berbisik kepada Dato K. 

Ini foto captionnya. 

Maka terjawab lah sudah isu tentang spekulasi rumah tangga Siti. Semuanya dalam keadaan baik-baik saja, tak apa pun yang berlaku. 

Siti Nurhaliza, Dato Khalid Jiwa dan anak-anak telah hadir ke majlis sempena ulangtahun Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ke 45 tahun yang dibuat sekali dengan annual dinner untuk CTDK Group. 

Majlis itu diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur yang turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Sharifah Shahirah, Nabil Ahmad, Elly Mazlein, Fafau, Bella Astillah dan ramai lagi. 

Selamat hari lahir buat Datuk Seri Siti Nurhaliza, semoga bahagia selalu bersama Dato K dan juga keluarga.