Kisah yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dengan beberapa rakannya iaitu Syura, Lan Solo serta beberapa lagi individu sudah pun diketahui umum. Kes ini pun sudah masuk mahkamah.
Baru-baru ini pun, Syura ada membuat permohonan maaf serta memaafkan segala insiden yang berlaku anatara dirinya dan juga Siti Nordiana.
Namun sehingga lah dah hari raya ni, Siti Nordiana sepi tak ada memberi sebarang kenyataan.
Mungkin ramai juga peminat di luar sana yang tertanya-tanya mengapa Siti Nordiana tidak memberi respon kenyataan dari Syura itu, apatah lagi di bulan yang mulia ini dan dah pun masuk hari raya.
Akhirnya hal ini dijelaskan oleh pengurus Siti Nordiana, iaitu Anas Osman.
Melalu isatu kenyataan dari Harian Metro, kata manager Siti Nordiana ini, penyanyi yang lebih mesra disapa Nana ini tidak dapat nak beri sebarang komen atau kenyataan tentang kenyataan Syura yang dah memaafkannya.
Jelas Anas lagi, Nana telah dinasihati oleh pihak peguam agar tak bercakap atau mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan kes saman berkenaan masih lagi berjalan.
“Saya nak minta maaf bagi pihak Nana sebab memang buat masa sekarang ni dia telah dinasihati dari pihak peguamnya untuk tak keluarkan statement kepada pihak berkenaan.” Itu respon dari Anas.
Walaupun dah masuk hari raya, bukan saja-saja Nana nak berdiam diri, ini semua adalah nasihat dari pihak peguam sendiri, maklumlah kes sedang berjalan di mahkamah nanti akan mengganngu pula.
Diimbas kembali, Syura sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia dah memaafkan semua hal melibatkan persengketaan dirinya dan juga Nana sungguhpun berdepan tuntutan saman.
Syura, Lan Solo dan isterinya, Sam Musyadzafar dan Razidah merupakan lima individu yang disaman oleh Siti Nordiana kerana membuat satu sesi live yang dikatakan berkata yang tidak baik serta tidak benar kepada bekas juara Gegar Vaganza itu. Siti Nordiana telah menyaman sebanyak setengah juta nilainya untuk setiap seorang.