(VIDEO) Ifa Raziah bergaya sakan dengan kereta raya, cantik dan mewah!

1,492 views

Penyanyi pelakon dan pengacara terkenal Ifa Raziah kini semakin maju dalam bidang perniagaannya.

Hasil usaha dan kerja kerasnya dalam bidang perniagaan, Ifa Raziah telah berjaya membeli sebuah kereta mewah sempena hari raya pada tahun ini.

Kereta yang baru saja dibeli oleh Ifa Raziah iaitu kereta BMW jenis M4 berwarna hijau kebiruan.

Semasa ramai yang membeli persiapan raya seperti baju baru, barang rumah yang baru, tetapi Ifa Raziah memilih untuk membeli kereta baru, sempena hari raya tahun ini.

Ifa Raziah telah muatnaik moment ketika dia pergi mengambil kereta barunya itu di sebuah showroom BMW.

“Syukur alhamdulillah. Inilah rezeki hasil saya bekerja keras sepanjang tahun ini, Miss Diva dapat ganjaran kereta raya.”

“Selamat hari raya maaf zahir batin, tahun ni saya shopping raya keret raya. Kali ni baru confirm raya.”

“Orang shopping baju raya kasut raya, I shopping kereta raya. Ini kereta BMW M4, jom kita balik kampung dengan kereta baru you all’s.”

Dari laporan Harian Metro, Ifa Raziah menjelaskan, kereta BMW ini dah ditempah lama kira-kira enam bulan yang lalu, dan syukur ianya sampai tepat pada masanya, iaitu beberapa hari lagi nak raya.

“Kereta ini adalah BMW M4 rwarna hijau. Saya dah tempah kereta ni semenjak dari enam bulan lepas lagi dan ini dia baru sampai, betul-betul nak dekat sambutan Aidilfitri. Memang seronoklah dapat beraya dengan kereta baru ni boleh kata kereta raya.”

Melihat harga kereta ini dengan model yang sama, dapat dilihat harga kereta baru BMW M4 bernilai lebih kurang RM600 ribu.

Tahniah buat Ifa Raziah, dapat beraya sakan dengan kereta baru atau kereta raya, selamat hari raya diucapkan.