“Fizo ada cakap nak kahwin, dia memang serius dengan seseorang..” Mawar

5,397 views

Melalui laporan Harian Metro, nampaknya pelakon Fizo Omar kini sedang serius jalin hubungan dengan seseorang.

Malah ada yang mengatakan pelakon ini akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Ada juga desas desus mengatakan Fizo akan kahwin pada hujung bulan Oktober, mungkin pada tarikh 21 Oktober.

Dari laporan Harian Metro itu, bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar ada ditanya tentang isu ini.

Jelas Mawar, Fizo memang ada kata padanya dia akan berkahwin, namun tidak diketahui tarikh sebenar.

Ini komen dari Mawar: “Dia ada bagitahu nak berkahwin, namun saya tidak tahu bila.

Mawar yang juga ahli pernigaan tudung Fareeda mengesahkan bahawa Fizo memang sedang serius bercinta dengan seseroang.

“Fizo juga ada cakap yang dia sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila dia nak kahwin tu, dia hanya cakap pada tahun ini saja dan ianya masih dalam perancangan dan tak tahu tarikh yang spesifik. Kira okaylah dia ada bagitahu saya.”

Melihat bekas suami sudah move on dan sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain, Mawar berkata dia mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.

“Sebenarnya dia dah cakap lama dah berkenaan isu ini. Saya cakap okay dan syukurlah. Oleh itu, saya hanya mendoakan yang terbaik untuknya. Semoga dia dapat belajar dari kesilapan, dan akan lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik buatnya.”

Itulah komen dari Mawar tentang kisah Fizo Omar.

Sehingga kini, Fizo Omar tidak ada memberi sebarang kenyataan tentang isu mahu naik pelakon ini.

Dari laporan Harian Metro lagi, Fizo Omar tidak menjawab semua panggilan dan juga mesej dari aplikasi Whatsapp.

Fizo Omar dan Mawar Karim bernikah pada tahun 2013 dan telah berpisah pada Julai tahun 2019. Sepanjang perkahwinan, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.