Madu kepada Miera Leyana dakwa suami dah tak beri nafkah selama setahun, siap dah kena block

7,666 views

Ketika ini ada berlaku rumah tangga antara madu pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan suaminya, Rosland Othman. 

Isteri pertama kepada Rosland Othman itu mendakwa bahawa suaminya sudah lama tidak memberikan nafkah kepada dirinya dan juga anak-anak. 

Malahan, Rosland Othman juga dikatakan telah menyekat atau block nombor Adibah menyebabkan mereka berdua tak dapat berhubung. 

Dari laporan portal MalaysiaKini, peguam kepada Adibah memberitahu, proses perbincangan atau sulh yang dibuat, tidak berjaya menemui jalan penyelesaian untuk berdamai. 

Ini komen dari peguam kepada Adibah.  

“Cubaan untuk cari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh di hari ini tidak berjaya dan telah pun gagal.” 

“Oleh yang demikian, kami harap pihak Rosland akan bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan nanti.” 

Tuntutan yang akan dikemukan termasuk tuntutan nafkah isteri pertama dan anak-anaknya yang tidak diberikan lebih dari satu tahun.  

“Rosland tak menjaga hati isteri pertamanya dan tidak memberi nafkah, selain itu, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.” 

“Ini membuat mentaI isteri pertama terganggu, ditambah lagi apabila Rosland sudah lama tidak pulang ke rumah Adibah.” 

“Perbuatan yang dibuat ini bagaikan perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilainya. Orang lain juga ada amalkan untuk berpoIigami tapi jangan burukkan agama sebegini.” 

Dalam pada itu, Adibah juga berkata, sejak berkahwin dengan isteri kedua iaitu Miera Leyana, Rosland sudah tidak lagi melayannya seperti seorang isteri. 

Suaminya itu hanya akan memberi nafkah jika diminta, tetapi harus disertakan resit.  

“Dia hanya layan kami ni macam satu perniagaan saja, yang memerlukan resit, baru bolehlah boleh nak tuntut.” 

Kes ini akan mula dibicarakan pada bulan Mac depan. 

Rosland Othman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries dari syarikat Serba Dinamik, telah berkahwin dengan Miera Leyana sebagai isteri kedua pada tahun 2020.