Lagenda rock tanah air, Amy Search tiba-tiba kena petik dengan netizen gara-gara satu video yang mana ada mengatakan penyanyi ini sudah tidak lagi boleh menyanyi dengan baik.
Di video itu, Amy Search sedang menyanyikan lagu terkenal kumpulan Search iaitu lagi Isabella. Nak tengok videonya, ada di bawah post ini.
Namun netizen berpendapat, vocal Amy Search sudah tak berapa baik macam dulu-dulu, ketika zaman kegemilangannya.
Malahan Amy disindir kerana kerap kali hulur mic kepada penonton untuk nyanyi bersamanya.
Menjawab komen-komen yang kurang baik seperti ini, Amy Search sedikit pun tak terkesan. Bagi penyanyi berumur 64 tahun ini, dia percaya rezeki dalam bidang seni masih ada.
“Memang sejak dulu lagi orang sentiasa menulis, bercakap dan memberi komen. Saya berbesar hati untuk terima sebarang komen dan ini termasuk yang kurang baik. Kalau komen yang baik dan positif, saya mahu ucapkan terima kasih.”
“Hidup ni kita sentiasa bergantung kepada Allah dan semua rezeki itu adalah kurniaan serta pemberian darinya.”
Itulah jawapan merendah diri dari seorang penyanyi berstatus lagenda ini. Katanya dia akan terus menyanyi seandainya masih terima jemputan.
“Saya bersyukur rezeki saya masih ada dan berjalan macam biasa. Sekarang ni masih lagi ada terima undangan nyanyian di majlis tertutup. Memang saya akan terus buat persembahan selagi terima jemputan.”
Itulah respon dari Amy Search, yang juga bapa kepada Nabila Huda, tentang video nyanyiannya. Ini video tersebut.
Antara komen pedas yang diberikan ialah: “Part tinggi sekarang ni selalu minta audien support nyanyi sama, duduk rumahlah Amy, kini awak dah tak boleh menyanyi lagi dah.”
“Part rendah dia pun masih tak sampai, habis nak buat macam mana. Mungkin faktor usia juga.”
Itulah antara komen dari netizen yang diberikan setelah menonton persembahan Amy Search di video berkenaan ketika menyampaikan lagi Isabella.