Lepas ni filem Syafiq Yusof pula keluar, “Pressure, mereka akan kata, filem tak sehebat abang”

1,715 views

Menjadi adik kepada pengarah hebat bernama Syamsul Yusof, adiknya Syafiq Yusof akui ada sedikit pressure.

Apatah lagi filem abangnya, iaitu filem Mat Kilau, kini menjadi filem nombor satu sepanjang zaman dengan kutipan yang amat mengagumkan.

Syafiq Yusof pula kini bakal menyusul dengan filem arahannya iaitu filem Abang Long Fadil 3.

Filem Abang Long Fadhil 3 ini bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi, dan Syafiq muali rasa pressure yang ditanggung setelah filem abangnya mendapat sambutan hangat.

“Memang ada rasa pressure, itu memang saya ada. Sungguhpun saya tak ada nak bandingkan filem saya dengan filem-filem abang saya, tetapi orang luar, para penonton, tetap akan buat perbandingan juga.”

“Akan ada di antara mereka akan cakap, oh, filem dia ni tak sehebat abang, kutipan filem dia tak ada yang tinggi macam abang dia.”

Bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus, walau pun ada rasa pressure, Syafiq amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Syamsul Yusof.

Syafiq menegaskan, abang dan ayahnya memang ada sentuhan emas.

“Itu memang fakta. Ayah saya buat filem semuanya laku dan jadi hit. Abang saya pun sama dia ada sentuhan itu. Saya pula lain, kadangkala laku. Tetapu itu semua merupakan rezeki masing-masing. Saya tetap berbangga dengan abang saya.”

“Dengan kejayaan Mat Kilau harapnya lepas ni pun penonton akan lebih ramai lagi ke pawagam.”

Tentang filem Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof harapkan ianya juga akan mencecah box office.

“Kalau filem saya ni box office pun syukur sangat. Kalau tak, saya akan teruskan buat filem seterusnya yang lebih bagus.”

“Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan bulan September, filem ni memang dah lama siap.”

Itulah komen dari Syafiq Yusof yang akan tampil dengan filem arahannya Abang Long Fadil lakonan Zizan dan juga Johan.