Sebelum ini, anak kepada arwah Mr Os iaitu Dewa Arteh telah tampil dalam rancangan hiburan terkenal Sepahtu Reunion.
Namun begitu, untuk episod pertama program Sepahtu Reunion Live 2022, Dewa dilihat tidak lagi bersama dengan rancangan berkenaan.
Dan ini telah ternyata menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, terutama peminat serta penonton setia rancangan ini.
Kelibat Dewa yang muncul menerusi rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang, dah tidak lagi kelihatan.
Setelah diajukan soalan tentang isu ini, Jep Sepahtu akhirnya tampil memberi respon.
Jep Sepahtu menjelaskan bahawa Dewa sebenarnya bukanlah ahli tetap kumpulan Sepahtu, namun Dewa hanya membuat kemuncul di Sepahtu Reunion sebelum ini kerana ianya hadiah kemenangannya dalam rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang.
“Sebenarnya Dewa sertai Sepahtu Reunion Live merupakan hadiah kemenangan sebagai juara program Mencari Sepahtu Yang Hilang sebelum ini. Itu sahaja yang dijanjikan.”
“Oleh itu, kemunculannya setakat itu sajalah, dan dia bukannya sebagai ahli dengan kemunculan yang tetap.”
“Penampilan Dewa untuk edisi Sepahtu Reunion adalah sebagai bonus atas kemenangannya. Bila kita start dengan musim baru, jadi dia pun dah tiada.”
Itulah penjelasan dari Jep Sepahtu seperti yang dilaporkan oleh portal Astro Gempak.
Jep menambah, Dewa pun dah tahu tentang hal berkenaan dan ianya memang sudah dimaklumkan kepada semua peserta yang menyertai rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang sebelum ini.
“Mereka dah tahu tentang hal ini, sebelum mula lagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang, semua dah tahu.”
Dalam pada itu, Jep berkata Sepahtu Reunion akan bekerjasama dengan pelawak baru untuk musim kali ini.
Dewa Arteh, yang merupakan anak kepada pelawak Mr Os, sebelum ini menjadi anggota kumpulan tetap untuk Sepahtu Reunion di musim terdahulu, selain Jep, Rahim, dan Pak Ya.