Perangai naik angin Shiha Zikir buat ramai terkejut, “Kesian ibu terpaksa berdepan perangai”

2,180 views

Shiha Zikir akalu dilihat memang cantik saja orangnya, namun ramai yang tak tahu sisi lain penyanyi ini.

Hal ini diceritakan oleh tuan punya badan sendiri apabila Shiha berkaat dia memang ada satu sifat yang tidak berapa elok iaitu terlalu mudah sentap dan naik angin.

Setelah tiga tahun, perlahan lahan Shiha cuba ubah sikapnya itu dan mahu jadi lebih tenang dan positif.

Shiha pun akui kalau dibanding dulu dan sekarang memang lain, dulu dia akui memang agak tak bagus perangainya.

“Saya ni kalau dulu memang teruk dan tak malu saya nak mengaku. Lepas tu ada saya terfikir sampai bila perangai saya akan jadi macam ni.”

“Jadi, sejak tiga tahun lalu, saya sikit demi sedikit mula berubah baiki sikap saya nak menjadi seseorang yang lebih positif.”

Mengulas lanjut tentang sikap mudah naik angin, Shiha ada bercerita dinding rumahnya sampai ada tompokan merah kesan lama dari drah kerana dia mnumbok dinding.

“Dulu dinding bilik saya kat rumah di kampung, ada tompokan merah sebab darh dari tangan kerana saya lepas kemarhan dengan menumbok dinding rumah.”

Kata penyanyi berumur 34 tahun ini, dia pun mahu berubah sebab kesian tengok ibunya yang terkesan kerana sikapnya itu.

“Salah satu sebab saya nak berubah ni pun disebabkan rasa kasihan tengok ibu yang terpaksa berdepan dengan perangai tak elok saya ni.”

“Saya juga dah mula amalkan sikap suka membaca buku, sampai sekarang saya macam ulat buku pula.”

Syukur dengan perubahan bagus dari Shiha Zikir ini. Sikit demi sikit dah berubah perangai dan juga sikapnya.

Dalam perkembangan terkini, Shiha Zikir melonjak naik namanya selepas merangkul beberapa anugerah di Anugerah MeleTop Era baru-baru ini.