Neelofa pindah ke Mesir, selamat berhijrah Lofa, semoga dipermudahkan

4,313 views

Selebriti popular, Neelofa kini dalam perancnagan untuk berhijrah ke negara Arab tak lama lagi.

Neelofa akan ikut suaminya Haris Ismail atau lebih mkesra di sapa dengan nama PU Riz, yang ke sana atas urusan mahu menyambung pelajaran.

Di atas kesempatan mengikut suami ke sana, Neelofa mahu mendedahkan anaknya iaitu Bilal dengan persekitaran di negara berkenaan.

Pelakon dan pengacara berumur 33 tahun ini juga akan belajar bahasa Arab dan mahu mahir bertutur dengan bahasa berkenaan.

“Kami satu family ada impian untuk berhijrah ke Madinah atau pun negara Mesir. Suami saya mahu sambung belajar di sana.”

“Pada masa sama kami nak dedahkan anak kepada persekitaran di sana, sambil itu, saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab dengan lebih baik.”

Neelofa mendedahkan rancangan penghijrahannya itu di rancangan Nona ketika menjadi tetamu dalam rancangan berkenaan.

Sementara itu, Neelofa memang dah lama berhasrat mendalami kitab Al Quran demi mendapatkan saham di akhirat kelak.

“Memang antara impian saya untuk mendalami al Quran. Suara saya ni tidak sesedap mana bila membaca kitab suci, tetapi memang dah lama nak mempelajarinya secara lebih mendalam.”

“Harap dapat turunkan ilmu agar dapat jadi saham akhirat nanti.”

Tentang wajah anaknya, Bilal, Neelofa memberitahu masa belum lagi tiba. Bekas juara Dewi Remaja ini berkata, wajahnya kini mirip dirinya.

“Pada mulanya muka anak saya ni macam ayah dia, sekarang ni, tiba-tiba macam muka dah ikut wajah saya pula.”

Diimbas kembali, Neelofa dan Pu Riz telah mendirikan rumah tangga pada tarikh 27 Mac tahun 2021 dan mereka telah menerima kehadiran cahaya mata pertama pada 31 Januari 2022 yang diberi nama Bilal.