Kronologi penuh kes Rayan di Morocco, telah disahkan pergi buat selamanya

11,852 views

Semua pun tahu kisah kanak-kanak Rayan dari Morocco yang terperosok ke dalam sebuah perigi lama.

Kanak-kanak berumur 5 tahun ini telah disahkan meninggalkan dunia ini pagi tadi. Hal ini diumumkan sendiri oleh pihak di Raja negara berkenaan. Ini satu berita duka yang diterima setelah cubaan membawa dan menyelamatkannya keluar dijalankan dengan penuh giat.

Kronologi kes adik Rayan, macam mana boleh jatuh?

Kisahnya bermula pada hari Selasa yang lalu, Rayan dikatakan keluar bermain disekitar rumahnya di perkampungan Ighran, utara Morocco.

Insiden itu ianya berlaku sekitar jam 2 petang, dan keluarga mula sedari dan risau setelah Rayan tidak kelihatan.

Rayan akhirnya dikatakan telah terjatuh ke dalam sebuah pergi berdekatan rumahnya. Dari beberapa laporan, ayah Rayan mengatakan dia sedang membetulkan dan membaikpulih perigi berkenaan dan Rayan memang ada bermain di sekitar perigi berkenaan.

Ada juga ahli keluarga yang mengatakan, mereka juga terdengar suara tangisan Rayan ketika mencarinya, di dalam perigi berkenaan.

Perigi itu dikatakan sedalam 32meter (104 kaki) manakala lebarnya diameter lubang dipermukaan 45cm (18 inches) sahaja, kurang dari satu meter.

Diameter yang sempit itu ternyata menyukarkan kerja menyelamat untuk adik Rayan.

Keluarga Rayan kemudian meminta bantuan dari orang kampung, namun tidak berjaya dek kerana lubang yang sempit, dan ianya terlalu dalam.

Penggalian bermula hari Khamis.

Kes ini kemudian mula diketahui umum, dan menjadi perhatian seluruh negara Morocco dan juga serata dunia.

Melalui lubang yang kecil, kamera dimasukkan dan sah Rayan masih lagi hidup dan terperangkap di bawah perigi itu. Makanan, minuman dan oksigen telah berjaya dihantar kepada Rayan.

Pada hari Khamis, kerja menggali lubang dimulakan di sebelah lubang perigi berkenaan. Beberapa hari tanpa henti proses penggalian dilakukan. Banyak perkara yang perli dititik beratkan, antaranya khuatir akan berlakunya tanah runtuh.

Setelah jarak semakin hampir, untuk elakkan komplikasi, penggalian dijalan secara manual saja.

Akhirnya pada hari Sabtu, barulah pihak penyelamat berjaya sampai kepada Rayan.

Rayan berjaya ditemui, namun sudah pergi buat selamanya.

Ketika pihak penyelamat menjumpainya, telah disahkan Rayan dalam keadaan yang tidak baik. Rupanya melalui bebrapa laporan, adik rayan sudah tidak lagi bernafas ketika ditemui.

Semasa ditemui, ibu bapa Rayan dibawa turun untuk melihat anaknya, tetapi tak lama kemudian ibu bapa berkenaan naik semula dengan keadaan sugul, ini telah menimbulkan tanda tanya, orang ramai ketika itu.

Ketika Rayan di bawa keluar dari lubang, badan kanak-kanak itu disalut dengan selimut berwarna emas, dan dibawa ke dalam ambulance.

Dari laporan Gulf News, adik rayan mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher, keretakkan tulang serta masalah paru-paru.

Pengumuman dari Raja Morocco.

Raja Morocco iaitu King Mohammed, telah menelefon sendiri kepada ibu bapa Rayan, dan menyampai ucapan takziah di atas pemergian anak tersayang. Statement dari pihak di Raja itu telah mengesahkan adik Rayan tidak berjaya diselamatkan.