“Kaw-kaw dia bagi depan-depan” Netizen teruja lihat isteri Caprice ‘sekolahkan’ Abang Tesla

55,656 views

Isteri  kepada penyanyi Caprice iaitu Farra Inalis telah bersuara berkenaan isu berkahwin lebih dari satu, melibatkan influencer terkenal iaitu Abang Tesla. 

Farra Inalis yang lebih mesra di sapa dengan nama Elis, telah memberi pendapatnya tentang isu ini ketika satu sesi bual bicara podcast yang dibuat oleh suaminya. 

Di podcast itu antara jemputannya ialah Abang Tesla bersama isteri pertama bernama Maj.   

Ketika sesi, Elis menyuarakan pandangannya dengan berkata, selain suami, isteri juga ada pilihan yang tersendiri jika dirinya tak mahu di duakan.  

“Apa pun dalam hidup ini bergantung kepada pilihan. Contohnya pilihan kalau suami memilih untuk berkahwin lagi, sebagai wanita, sebagai isteri, dia pun boleh memilih juga.” 

“Kita pun boleh pilih laki kita. Pilih sama ada untuk kekal bersama atau pun pergi chow. Itulah basic nya pilihan ni.” 

“Dalam hidup ni, kita sentiasa ada pilihan.” 

“Tuhan itu adil, akal diberi untuk kita berfikir. Kalau suami ada pilihan untuk berkahwin lagi, kita sebagai isteri juga ada hak nak pilih suami kita.” 

“Oleh itu, kalau lelaki tu pilih untuk berkahwin ramai, akan ada wanita yang boleh buat pilihan sendiri, mahu bersama ataupun yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu. Itu juga merupakan takdir yang tertulis, yang kita pilih.” 

“Hanya perlu hormati keputusan dan pendirian masing-masing.” 

 Ini pula pesanan terakhir dari Elis tentang isteri yang hidup bermadu. 

“Jika seorang perempuan yang boleh terima madu, syukur alhamdulillah, bagus untuk awak.”  

“Ini pesanan untuk isteri atau wanita yang tak boleh terima suami berkahwin empat, sebelum kita tempah tiket neraka awal-awal di dunia ini, pilih jalan awak. Jangan pilih tempat yang kita tak nak duduki.” 

Ini sedikit sedutan percakapan dari Elis ini. 

Bicara dan kata-kata dari Elis ini nampaknya agak keras dan ramai warga maya terutama kaum wanita bersetuju dengannya. 

Ramai kaum wanita memuji padangan dari Elis yang agak lantang.  

Ini antara komen yang ditinggalkan tentang pandangan Elis. 

“Bagus isteri Carpice nama Elis ni, patutlah Caprice pilih dia, bijak orangnya.”  

“Nampak cuak juga Caprice. Elis ini memang dia mewakili kita semua rasa, habis kaw-kaw dia bagi depan-depan.”  

“Memang dapat rasa Elis ini tengah tahan angin dengan si Abang Tesla.” 

Caprice telah berkahwin dengan Farra Inalis atau Elis pada tahun 2021.