Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

2,538 views

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada bulan April yang lalu.

Pemergian Daiyan Trisha ke kota suci itu membuatkan ramai yang sejuk mata memandang meliaht foto pelakon dan penyanyi ini ketika di sana.

Sepanjang berada di sana, Daiyan Trisha ada muatnaik foto dirinya cantik memakai tudung.

Namun pada petang hari ini, hari Isnin, nama Daiyan jadi sebutan ramai setelah dia memuatnaik gambar terkininya.

Foto berkenaan menunjukkan Daiyan sedang berjalan di kota Kuala Lumpur.

Daiyan Trisha muatnaik dirinya memakai baju berwarna cream dan seluar pendek di atas lutut berwarna coklat.

Apa yang menggusar para peminat dan netizen ialah seluar berkenaan terlalu pendek sehingga menampakkan peha Daiyan Trisha.

Ini membuatkan ramai yang mengingatkan Daiyan Trisha tatkala gadis berumur 28 tahun ini berada di tanah suci.

Ketika itu, betapa cantik dan litupnya diri Daiyan dengan menutup auratnya, berbanding dengan gambar terkini yang di muatnaik olehnya.

Ini antara komen yang diungkap kepada Daiyan Trisha.

“Bukan baru balik dari Umrah ke hari tu, kejap je rasanya.”

“Cuba tengok balik posting ketika buat umrah tu, ingat dah nak berubah dah. Ingat makin nak tutup tetapi.”

“Dah dijemput Illahi ke tanah suci untuk buat umrah itu pun dah besar rahmat. Semoga akan diberikan hidayah.”

“Baru balik dari umrah tapi dah jadi begini.”

Lihat paparan gambar komen dari orang ramai tentang pemakaian seluar pendek Daiyan Trisha ini.

Diimbas kembali, pada bulan April yang lalu sempena kehadiran bulan mulia, bulan puasa, Daiyan Trisha ke tanah suci bersama keluarganya.

Di awal kepulangan Daiyan Trisha dari umrah, penyanyi dan pelakon ada memakai pakaian yang agak sopan, termasuk mengenakan tudung dan memakai selendang, namun kini dah kembali ke cara pemakaian asalnya seperti dulu.