“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

2,613 views

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua iaitu Vivy Jeffrey.

Kemudian semalam, timbul pula isu yang mengatakan rupanya Amar Asyraf dan mendirikan rumah tangga, dan ini merupakan pernikahannya yang ketiga.

Dari laporan beberapa portal, Amar Asyraf bernikah dengan wanita bernama Farhana Yusof.

Ianya mula dihidu setelah Amar dilihat bergambar bersama wanita berkenaan dalam satu gambar keluarga Farhana Yusof yang dimuatnaik oleh salah seorang adik beradiknya.

Setelah namanya menjadi bualan, akhirnya Amar Asyraf menjawab persoalan yang diutarakan oleh pihak media.

Melalui laporan portal Mstar, pelakon berumur 35 tahun ini berkata dia akan pegang pendirian ulama bahawa dia akan jaga tiga perkara yang tak mahu didedahkan secara public dan ini termasuk kisah keluarga.

“Saya tak ada apa nak cakap atau tak ada apa nak beritahu lagi. Bagi diri saya, bukan nak merahsiakan namun saya lebih memilih untuk jaga privasi berkenaan hal melibatkan perkahwinan dan rumah tangga.”

“Apa berlaku sebelum ini jadi pengajaran untuk saya. Oleh itu, saya tak nak cakap apa-apa tentang hal peribadi. Tetapi kalau ada yang tahu tentang hal itu, mereka tahu la.”

“Lagi pula, saya pegang kata-kata beberapa ulama yang iaitu tak boleh cerita tentang usia, harta dan kisah keluarga kepada umum.”

Amar menambah dia harap tak ada yang sibuk nak ganggu ketenangan family sebab dia kini aktif berniaga.

“Hidup saya pun dah tenang dan harapnya tiada mana-mana pihak yang akan ganggu privasi saya sekeluarga. Saya pun kini lebih fokuskan dalam bidang perniagaan.”

“Sejak dari PKP saya start berniaga, barang-barang terpakai, bundle, wangian dan diimport dari luar negara.”

Diimbas kembali, Amar Asyraf berkahwin dengan isteri pertama iaitu Arna Salleh pada tahun 2013 dan mempunyai dua orang anak. Sebelum desas desus perkahwinan dengan Farhana Yusof, Amar berkahwin dengan Vivy Jeffrey sebagai isteri kedua namun kini hubungan berkenaan dag berakhir dengan talak tiga.