Dakwaan Syamsul Yusof dilarang bertemu anak-anaknya oleh Ira Kazar, kakak nak saman

8,304 views

Ini sedikit perkembangan tentang kisah yang melanda isteri-isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana dan juga Ira Kazar. 

Tak dapat dinafikan lagi, memang ramai yang masih belum move on dengan kisah perkahwinan kedua Syamsul Yusof ini. 

Malahan ada khabar angin mengatakan bahawa Ira Kazar sedang berbadan dua ketika ini. 

Kaum wanita umumnya, memang dilihat tak suka benar dengan Ira Kazar ini, dan dilabel sebagai penyondol, iaitu wanita telah merampas suami orang lain. 

Di satu akaun laman Tiktok, seorang wanita telah mengulas cerita bahawa kononnya Ira Kazar telah melarang suaminya iaitu Syamsul Yusof untuk bertemu dengan anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Puteri Sarah Liyana iaitu Syaikhul dan juga Sumayyah. 

Dengan tajuk mengatakan Ira Kazar dah tunjuk belang, wanita ini terus mengkritik Ira Kazar secara terbuka.  

“Ira Kazar tak bagi Syamsul Yusof untuk berjumpa dengan anak-anak. Berita yang barulah, paling terbaru, boleh tengok sini.”  

“Aku memang tak paham apa masalah Ira ini. Mungkin bagi dia, dirinya hak milik kekal, padahal sebelum itu suaminya milik siapa.” 

“Dia ni macam nak boikot, tapi tak apa, aku sangat yakin dengan Puteri Sarah. Ini melibatkan hak.” 

“Aku tengok pandangan mata anak-anak mereka Syaikhul dan Sumayyah ni, mata mereka amat sayu.” 

“Kepada Ira Kazar, kau ni pun tengah mengandung kan, nak ada anak, cuba fikir apa yang kau rasa kalau orang buat macam tu kat kau.” 

“Kau dah rampas hak orang lain, hukum karma itu pasti. Aku memang sedih tak suka kalau ada orang ditindas tentang hak.” 

“Kalau Ira Kazar ternampak video ni, fikirlah balik, masih sempat lagi nak fikir, anak-anak yang tak dapat kasih sayang seorang bapa.” 

@milakarmila_0404 IRA KAZAR DAH TUNJUK BELANG #irakazarpenyondol ♬ original sound – Mila Kerepek Viral

Melihat video ini yang menjadi tular dan sudah ditonton hampir setengah juta views, kakak kepada Ira Kazar bernama Melor Kazar telah tampil memberi respon balas.  

Yang pertamanya, Melor telah menafikan bahawa adiknya itu sedang hamil. 

Kemudian, yang kedua, Melor berkata tiada sesiap pun yang menghalang Syamsul Yusof untuk berjumpa dengan anak-anaknya. 

Dan ketiganya pula, Melor mengatakan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.   

“Semua yang dia cakapkan ini semua tak betul tau. Tak ada siapa pun yang tengah mengandung, tak ada siapa pun yang tak bagi jumpa anak. Kita nak saman makcik ini. Maaf, ini dah melampau sangat.” 

Itulah kes terbaru melibatkan keluarga Ira Kazar.