“Jangan nak salahkan Hafidz saja” Ini pesanan Shuhada kepada Athira Yuhada

3,165 views

Semalam, wanita yang dikaitkan dengan rumah tangga Hafidz Roshdi dan juga isterinya, Nurul Shuhada iaitu Athira Yuhada telah pun membuat kenyataan. 

Athira Yuhada memohon maaf dan akui pernah terlibat dengan Hafidz Roshdi. Namun kata, Athira Yuhada semuanya dah pun berakhir dan dia pun tak akan hubungi Hafidz lagi selepas ini. 

Selepas Athira membuat kenyataan, kali ini giliran Shuhada pula membalasnya. 

Shuada telah memberi 5 point dan juga pesanan khas kepada Athira Yuhada. 

Antara point berkenaan ialah dia mengatakan ada beberapa info yang tak benar dikeluarkan oleh Athira Yuhada. 

Shuhada mengatakan apa yang ditulis oleh Athira Yuhada itu seakan mahu menyalah Hafidz Roshdi saja. 

Jom baca komen serta pint-point yang dikeluarkan oleh Shuhada kepada Athira Yuhada. 

“Terima kasih kepada Cik Athira sebab cuba buat permintaan maaf secara terbuka, dan cuba juga untuk menunjuk kesikapan kepada orang lain. Ada maklumat yang tersasar diberikan.” 

“Kamu berdua saling berhubung sehinggalah hujung bulan Januar, iaitu beberapa minggu yang lalu, dan saya juga ada buktinya, tapi saya tak mahulah menunjukannya kerana serahkan segalanya kepada pihak peguam.”  

“Saya juga menasihati janganlah mahu menuding jari kepada Hafidz sepenuhnya, sebab kamu pun tahu hal yang sebenar, tepuk sebelah tangan tak berbunyi, kamu pun tahu macam mana hubungan kamu yang bergerak dengan amat pantas sekali. Kata 9 tahun dikejar, hebatnya kamu.” 

“Apa yang kamu buat ni memang tak mudah untuk saya maafkan, namun saya cuba jadi seorang yang pemaaf, saya akan maafkan tapi tak akan lupa. Kamu pun ada cakap, kamu ni bersimpati dengan kesihatan mntal Hafidz.” 

“Kamu ni tak ada rasa empati pada wanita lain ke, dengan anak-anak lagi, dah bertahun lakukannya, tak kanlah tiada rasa bersalah sebagai perempuan.” 

“Saya tak mahulah panjang hal ini lagi, cukuplah, saya pun memerlukan masa untuk memujuk anak-anak dan keluarga. Semua pun dah malu dan terpalit, apapun terima kasih apa yang kamu dah lakukan, selamat mendapat hari yang baik, Athira Yuhada.” 

Ini kenyataan penuh dari Shuhada. 

Sehingga kini, hanya Athira Yuhada dan juga Shuhada saja yang dah pun beri kenyataan, dan Hafidz Roshdi masih lagi mengambil pendekatan berdiam diri saja, walaupun sering kali tampil secara langsung di laman media sosial.