Ini kenyataan Athira Yuhada, akui terlibat dengan Hafidz Roshdi, mohon maaf kepada Shuhada

17,695 views

Kisah melibatkan pelakon Hafidz Roshdi dengan orang ketiga nampaknya masuk ke fasa baru. 

Kali ini wanita yang dikaitkan dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada iaitu Athira Yuhada telah tampil membuat satu kenyataan. 

Kenyataan ini dibuat oleh Athira Yuhada menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya malam Sabtu. 

Dari kenyataan yang ditulis, Athira Yuhada dirinya terlibat dalam rumah tangga Hafidz Roshdi, lantas mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada isteri Hafidz Rishdi iaitu Nurul Shuhada dan juga anak-anaknya. 

Ini kenyataan dari Athira Yuhada. 

“Salam semua, saya Athira Yuhada. Saya berhutang dengan Shuhada dan anak-anaknya iaitu Humairah serta Umar satu permohonan maaf secara ikhlas hati.” 

“Apa yang saya lakukan sememangnya amat mementingkan diri saya.” 

Dari pendedahan Athira Yuhada, dikatakan Hafidz Roshdi sudah lama mahu contact dirinya, iaitu sejak 9 tahunh yang lepas. 

Namun sepanjang 9 tahun itu, Athira Yuhada telah menjauhkan dirinya dari pelakon berkenaan. 

Akan tetapi, kali ini, dia tidak berjaya disebabkan melihat keadaan Hafidz Roshdi yang ketika itu dalam keadaan yang tak berapa baik. 

“Setelah banyak kali Hafidz cuba nak kembali menghubungi diri saya selama 9 tahun ini, saya telah berjaya menepis dan mengelaknya.” 

“Namun kali ini, semuanya terjadi setelah saya mengetahui keadaan dirinya dan telah bersimpati kepadanya. Saya nak dia sihat.” 

“Memang betul, saya ni seorang yang lemah.” 

Athira Yuhada kemudian mengatakan hubungannya dengan Hafidz Roshdi kali ini dah pun berakhir, dan dia tak akan hubungi pelakon berkenaan lagi. 

“Saya nak tegaskan bahawa perkara ini dah pun berakhir, saya pun dah tak lagi contact Hafidz Roshdi dan tak akan contact dia lagi.” 

“Sekali lagi minta maaf pada Shuhada dan juga anak-anaknya.” 

Itulah kenyataan dari Athira Yuhada tentang kisahnya yang terlibat dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan juga Shuhada.