“Dalam 6 bulan, terus berubah macam ni” Pak Nil terkejut tengok Zamani

1,011 views

Siapa yang tak kenal dengan pemilik nama Zamani yang mempunyai nama yang cukup besar dengan kumpulan terkenal Slam.

Sejak tahun 90an, nyanyian lemak merdua suara Zamani, seiring dengan lagu yang cukup syahdu sering saja mewarnai dunia seni tanah air.

Di usia sudah masuk ke umur 51 tahun ini, Zamani telah diuji oleh Illahi.

Ujian telah menimpa dirinya setelah badan Zamani dilihat semakin membengkok disebab skoliosis yang membuatkan tulang belakangnya terus bengkok.

Ketika ini, badan Zamani dilihat semakin bengkok dan ianya jelas kelihatan sekiranya penyanyi ini hadir untuk menjayakan sesuatu event.

Hal ini turut diakui oleh pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi yang mana beliau mengatakan, sebelum ini dia ada jumpa Zamani dan keadaannya tak lah seperti sekarang.

Dari satu posting di laman media miliknya, Datuk Aznil Haji Nawawi yang lebih mesra disapa dengan nama Pak Nil, telah muat naik satu video menunjukkan persembahan nyanyian Zamani dengan Wany Hasrita.

Rakaman berkenaan dibuat sekitar 6 bulan yang lalu untuk rancangan Karaoke Superstar.

Dari video yang Pak Nil tunjuk itu, badan Zamani dilihat tidaklah sebengkok sekarang ini. Pak Nil juga memang tak sangka, dalam masa 6 bulan saja, badan Zamani akan berubah seperti sekarang ini, dan terus membengkok.

Ini komen dari Pak Nil tentang badan Zamani: “Rakaman ini di buat sekitar enam bulan yang lepas. Badan Zamani jelas tak seperti yang kita semua lihat sekarang ni.”

“Memang cepat betul perubahannya tu. Paknil dan team akan sentiasa mendoakan supaya Zamani Slam akan segerakah diberi kepulihan seperti sedia kala. Amin.”

Di ruangan komen, memang ramai yang berharap adalah pihak yang sudi menaja Zamani untuk buat rawatan. Peminat juga seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, turut mendoakan agar Zamani Slam akan kembali pulih.