“Ibu Azra pengsan sebab terkejut” Azri Iskandar akan saman wanita F dan portal

1,358 views

Kisah melibatkan Azri Iskandar nampaknya semakin berlarutan setelah muncul wanita bernama F. menerusi satu vivdeo temubual, wanita itu memberitahu Azri ada ajaknya kahwin.

Wanita bernama F itu juga memberitahu dia dan Azri Iskandar ada pulang ke kampung halamannya.

Video wanita berkenaan akhirnay diketahui oleh family kepada kekasih Azri Iskandar, Azra Diera, dan telah membuatkan ibu Azra jatuh pengsan.

Ibu Azra kini telah masuk hospital kerana terkejut dengan berita berkenaan.

“Mak kepada Azra telah pengsan sebaik saja menonton video temubual wanita berkenaan. Sampai sekarang dia masih lagi berada dan dirawat di hospital.”

“Pengsan kerana rasa terkejut setelah baca dan tonton video tentang wanita itu. Kawan ibu dia yang hantar tanya ini ke yang nak buat menantu.”

“Ketika itu mak dia baru habis solat dan terus jatuh, nasib baik adik Azra ada. Ibu dia dikatakan telag alami tekanan darah yang amat rendah. Family Azra memang tak biasa dengan dunia artis ini.”

“Sebelum ini memang mak dan ayah Azra menunggu masa saja untuk saya bawa family berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah masuk umur 70 tahun lebih. “

Kisah malang turut melanda Azri Iskandar apabial namanya telah digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas setelah didakwa membawa impak buruk pada imej Tan Sri Elyas dan juga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Saya telah digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh pihak penganjur iaitu DBKL sebab mereka pun ingat berita tu betul. Mereka tak tanya saya langsung namun terus nama saya kena buang.”

Rentetan kisah yang tersiar, Azri Iskandar memberitahu dia akan ambil tindakan undang-undang ke atas wanita bernama F dan juga portal hiburan.

“Saya akan menyaman wanita bernama F dan juga portal itu.”

Itulah komen dari Azri Iskandar memetik laporan Oh Bulan dan Harian Metro.