“Dari terus play victim” Isteri Lan Solo mahu penjelasan dari Siti Nordiana

4,571 views

Isteri kepad Lan Solo iaitu Sheila Hassim tampil membuat satu luahan hati melalui laman Ig story miliknya semalam. Ianya berkaitan isu melibatkan Siti Nordiana yang sudah pun melibatkan pihak peguam.

Setelah lama berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini, akhirnya Sheila dilihat membuka sedikit cerita dan komennya tentang apa yang berlaku.

Sheila akui lima individu yang dituntut oleh Siti Nordiana untuk meminta maaf, telah menerima pelbagai komen kurang enak dari netizen terutama peminat Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana.

Malahan, pemergian bapa mertuanya, iaitu bapa Lan Solo beberapa hari lepas turut diejek oleh sesetengah netizen.

Jelas Sheila, luahan darinya menerusi live berkenaan telah dimanipulasi dan mengatakan jika tiada yang beri sebarang provokasi, sudah tentu ianya tak terjadi.

Sheila juga menambah, sudah lebih kurang satu tahun dia cuba mendapatkan penjelasan tentang hal ini, namun tiada sebarang respon balas malah dia dah kena block.

“Saya ni manusia biasa, dan nak penjelasan. Setahun lebih kami cari dan mahu penjelasan kenapa kami diperlakuan sebegini. Call, mesej whatsapp, Dm semua dah kena block. Sunyi sepi.”

“Effort apa lagi yang kena buat, pergi rumah ada guard. Kami nak penjelasan kenapa. Kalau tak buat, kenapa tak cerita, kenapa menghilang.”

“Perbuatan kami (sesi live) di buat secara terang-terangan, tetapi bagaimana pula hal yang dibuat secara belakang-belakang.”

Sementara itu, Sheila juga mempersoalkan kenapa tak dicerita tentang permintaan duit sebanyak RM200 ribu ketika mereka dituntut minta maaf. Yang diwar-warkan ialah hanya tuntutan minta maaf saja.

Akhir sekali Sheila juga ada mengatakan lebih baik selesaikan hal ini daripada hanya play victim saja. Ini komennya.

Kes ini dikhabarkan akan diteruskan menerusi saman dari Siti Nordiana kepada lima individu yang tidak membuat kenyataan permohonan maaf kepada Nana. Mereka berlima ialah Lan Solo, Sheila, Syura, Aida dan Sam.