Shuk Sahar report polis, akan saman Farra Salleh

9,396 views

Isu baru telah melanda pelawak Shuk Shar yang sekali lagi dikaitkan dengan wanita bernama Farra Salleh. Kali ini ada beberapa tuduhan dikemukan oleh Farra Salleh melalui pendedahan di laman IG miliknya beberapa hari lepas.

Antaranya ialah pendedahan satu video menunjukkan seorang individu disyaki Shuk, yang telah hadir ke sebuah bilik hotel.

Ada beberapa lagi pendedahan dari Farra, seperti ada berhutang duit dengannnya dan sering call dirinya. Farra juga mendedahkan ada wanita lain yang turut hampi menjadi mangsa kepada Shuk.

Dek kerana melihat tuduhan kali agak melampau, Shuk dan isterinya telah tampil membuat report polis di Balai Polis Setapak kepada wanita berkenaan.

Dari laporan portal Harian Metro, Shuk turut melantik seorang peguam untuk mewakilinya iaitu Haziq Aizuddin Subhi.

Melalui satu kenyataan dari peguam berkenaan, Shuk dan isteri ada alami tekanan dek kerana pendedahan yang dibuat oleh Farra Salleh.

“pada hari semalam, saya ada dengan Shuk serta isterinya Sera telah ke Balai Polis Setapak untuk buat report polis ke atas wanita bernama Fara Salleh yang buat beberapa tuduhan kepada Shuk melalui akaun media sosial Instagram.”

“Kes ini akan disiasat secara lanjut di Balai Polis Pudu. Pasangan itu turut buat report setelah ada tuduhan dari Fara yang mana tujuannya untuk membuatkan imej Shuk tercemar.”

Pihak peguam juga mengesahkan Shuk akan ambil tindakan undang-undang kali ini ke atas Farra Salleh.

“Shuk dan Sera juga dalam proses untuk failkan saman fitnah kerana tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut mencalarkan imej Shuk dan boleh dikatakan satu penganiayaan.”

Jelasnya polis akan bekerjasama dengan Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasat hal ini dengan lebih terperinci.

“Shuk ada memaklumkan bahawa pihak penyiasat akan berganding bahu dengan SKMM untuk siasat akaun Instagram Farra. Malah ada juga nombor handphone Shuk yang didedahkan di media sosial.”

“Kami juga kini sedang kumpul bukti-bukti tentang tuduhan yang dilemparkan ke atas Shuk itu. Ini bukan hanya libatkan reputasi dan imej namun ianya juga untuk keselamatan family Shuk dan Sera.”

Peguam juga sahkan Shuk dan isteri agak terganggu dan perlukan sedikit ruang.

“Mereka amat tertekan dengan semua isu yang terjadi malah ada juga insiden lain seperti mereka tiba-tiba ada terima call dari pihak tak dikenali yang cuba ganggu mereka.”

Itulah perkembangan terkini tentang kes melibatkan Shuk Sahar dan wanita bernama Farra Salleh.