Tiada angin tak ada ribut, tiba-tiba ada laporan mengatakan penyanyi yang juga vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat kini dah bergelar sebagai seorang datuk.
Bukan calang-calang Mamat Exist dah dapat datuk ni.
Namun sebenarnya ini bukanlah satu gelaran yang boleh dibeli, tetapi gelaran yang diterima oleh Mamat Exist setelah mendapat cucu setelah anaknya dah timang cahaya mata.
Betullah tu kan, dah jadi datuk atau atuk, bukannya pangkat Datuk atau Dato yang anugerah dari negeri tu.
Mamat Exist yang kini berumur 44 tahun memberitahu dia dah bergelar datuk setelah anak kedua iaitu Mohd Eiki Daniel, 22 tahun, selamat menimang cahaya mata empat hari lalu.
Ini komen Mamat Exist kepada Harian Metro.
“Cucu sulung saya ni telah dilahirkan secara normal dan dia amat comel sekali. Namanya belum tahu lagi.”
Walaupun begitu, Mamat Exist akui dia masih tak sempat lagi melawat cucunya dan anak serta menantunya itu sebab kekangan masa nak bersiap sedia untuk konsert kumpulan Exist.
“Saya sekarang menetap kat Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.”
“Sampai sekarang ni, belum lagi ziarah mereka, yang duduk di Damansara. Tetapi saya sempat dah berjumpa dengan menantu sebelum dia bersalin.”
“Tengoklah nanti saya akan datang lawat selepas habis konsert atau lepas mengundi nanti.”
Baru berumur 44 tahun dan ada cucu, Mamat Exis meluahkan rasa bangganya dah jadi datuk.
“Saya bangga sebab dah dapat gelaran datuk. Kiranya saya ni dah semakin tua. Sebenarnya tak pernah saya ni terfikir nak dapat cucu di usia ini. Saya bersyukur sebab ini anugerah daripada Illahi.”
“Ada cucu lebih bermakna sebab ini ahli keluarga baru.”
Untuk info, Mohd Eiki Daniel merupakan anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada tahun 2001.
Tahniah kepada Mamat Exist sebab dah bergelar datuk.