Datin Patimah hadir di Muzikal Lawak Superstar, beri sokongan kepada Puteri Sarah

1,999 views

Pertandingan Muzikal Lawak Superstar telah memulakan siarannya malam tadi, untuk minggu pertama. 

Untuk musim ke empat ini, antara peserta yang mendapat perhatian dan tak disangka menyertainya ialah pelakon Puteri Sarah Liyana. 

Puteri Sarah menyertai rancangan ini bersama dua pelawak iaitu Mmak dari kumpulan Puteh dan juga Ilham yang terkenal menerusi kumpulan Ibata. 

Mereka bertiga menubuhkan kumpulan yang diberi nama Gebu. 

Kemunculan Puteri Sarah dinanti para peminatnya dan ternyata mereka tidak mengecewakan para penonton. 

Ramai memuji persembahan kumpulan Gebu memang best dan tak menyangka Puteri Sarah ada sisi lucu. 

Ini antara komen dari para peminatnya. 

“Tak sangka Sarah ni kelakar orangnya.” 

“Terbaik kumpulan Gebu.” 

“Comel je Sarah jadi pari-pari.” 

“Puteri Sarah lawak malam tadi, cute pulak tu.” 

Keputusan dari juri pula memperlihatkan kumpulan Gebu mendapat tempat ke empat dari 10 peserta. 

Mereka hanya 3 mata dibelakang pemenang minggu pertama iaitu kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh pelakon dan pemuzik Eric dari Floor 88, dan ahli kumpulan Dewa iaitu Arteh dan juga Has. 

Selain itu, penyertaan Puteri Sarah ini turut mendapat sokongan dari ahli keluarganya. 

Antara yang hadir ialah anak perempuannya iaitu Sumaiyah yang dikatakan nak lihat ibunya itu beraksi di atas pentas. 

“Maya yang nak ikut tengok mama dia kerja malam ni, jangan lupa undi Gebu.” Kata Sarah. 

Selain itu, kehadiran ibu mentuanya iaitu Datin Patimah turut mendapat perhatian. 

Ibu kepada Syamsul Yusof ini hadir untuk memberi sokongan kepada Puteri Sarah Liyana. 

Mereka ada bergambar bersama di belakang tabir.

Apapun tahniah diucapkan kepada Puteri Sarah yang berani menyahut cabaran untuk sertai Muzikal Lawak Superstar ini, semoga sukses diucapkan kepada nya.