“Syamsul dah selalu datang rumah” – Yusof Haslam

339 views

Syamsul Yusof kini dah berbaik dengan ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

Pertemuan mereka berlaku buat pertama kali pada 9 September yang lalu. 

Selepas itu, hubungan mereka kembali jernih dan bertambah erat. 

Datuk Yusof Haslam kemudian memberitahu, sejak itu, Syamsul seringkali datang ke rumah mereka. 

Malah Syamsul juga kerap bertanya khabar kepada ibu bapanya. 

“Syukur alhamdulillah, hubungan kami anak beranak sudah kembali okay.”  

“Selalu bertanya khabar, dan selain itu Syamsul juga sering singgah ke rumah untuk menikmati masakan ibunya.” 

Dalam pada itu, Yusof Haslam anaknya itu akan terus bersemangat untuk berkarya dalam bidang seni terutama perfileman. 

“Harapnya dia tak sesekali  ada rasa patah semangat.”  

“Kalau saya ni, ayahnya yang sudah berusia 70 tahun pun masih lagi berjuang, inikan pula dia yang baru 40 tahun.” 

Syamsul selepas ini akan tampil dengan filem baru berjudul The Original Gangster. 

Ditanya tentang filem berkenaan, Yusof berkata dia dan anaknya tak berbicara tentang kerja ketika bertemu. 

“Syamsul pun tak mahu kami tanya tentang hal kerja dia termasuklah tentang filem itu. Dia juga tak mahu cerita apa-apa pun tentang filem itu selagi ianya tak siap lagi.” 

“Lagi pula, filem itu merupakan terbitan syarikat lain. Apa-apa pun biarlah masa tayangan filem itu nanti.” 

Filem berkenaan merupakan terbitan syarikat milik Syamsul sendiri hasil kerjasama dengan syarikat lain, bukan terbitan syarikat milik Yusof Haslam iaitu Skop Production. 

Selain Syamsul, seorang lagi anak Yusof Haslam iaitu Syafiq Yusof meneruskan legasi ayahnya dengan menghasilkan banyak filem box office dan yang terbaru filem berjudul Sheriff yang berjaya mengutip RM60 juta sepanjang tayangan.