Datuk A Aida penerbit pertama umum dah “ban” nama Hafidz Roshdi

9,407 views

Kisah perkahwinan antara Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada dah diketahui umum, hubungan mereka dah pun terlerai setelah pelakon berkenaan melafazkan talak ke atas Shuhada. 

Kes ini menjadi kes polis setelah berlaku pertelingkahan antara mereka berdua sehingga Shuhada mengalami kecederaan di wajahnya. 

Dek kerana kes ini, penerbit terkenal Datuk A Aida telah pun membuat keputusan untuk ban nama Hafidz Roshdi dalam produksinya. 

Datuk A Aida menajdi penerbit pertama mengumumkan nama Hafidz Roshdi telah disenarai hitam oleh syarikatnya. 

Tiada lagi tawaran berlakon buat Hafidz Roshdi selepas ini dari syarikat A Aida Production.  

“Pada pendapat saya, apa yang dilakukan oleh Hafidz sesuatu perkara yang telah menyentuh sensitiviti orang ramai. Ini sekaligus akan membuat penonton beremosi. Ini sesuatu yang amat tak bagus untuk syarikat produksi saya.”  

“Oleh itu, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin akan jadi langsung tak ada rating.”  

“Kemungkinan drama saya nanti akan kena komen tak baik dari orang ramai, jadi saya nak elak benda ni.” 

Namun begitu, A Adia berkata, jika Hafidz Roshdi insaf dan menyesali segala perbuatannya barulah namanya akan dipertimbangkan semula.   

“Macam sekarang ni, Ismail Izzani tengah jalani penggambaran dengan syarikat produksi saya. Bagi saya isu melibatkan Ismail bersifat peribadi.”  

“Akan tetapi, jika timbul isu artis membabitkan orang lain macam mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tak akan ambil dah mereka berlakon.” 

Itulah kenyataan dari Datuk A Aida tentang apa yang sedang hangat diperkatakan melibatkan Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada dan wanita ketiga bernama Athira Yuhada. 

Orang ramai dilihat telah meminta untuk nama Hafidz Roshdi disekat dari sebarang naskah TV setelah kes dakwaan mengasari Nurul Shuhada.