Syamsul Yusof tak mahu lafaz talak, Puteri Sarah dedah pernah dikasari Syamsul

7,436 views

Hari ini merupakan hari di mana Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof naik ke mahkamah untuk sebutan kes penceraian mereka. 

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah keduanya dilihat telah hadir ke mahkamah, masing-masing mengenakan pakaian hitam. 

Ketika berada dihadapan hakim, Syamsul Yusof akhirnya berkata dia tak mahu melepaskan Puteri Sarah Liyana. 

Kerana tindakan Syamsul Yusof itu, hakim emmbuat keputusan dengan memerintah kedua dua pihak untuk mencari wakil sebagai jawatan kuasa pendamai. 

Melalui laporan lagi, sebaik saja Syamsul Yusof bertindak sedemikian, Puteri Sarah akhirnya membuka cerita yang dah lama dirinya simpan. 

Puteri Sarah mendedahkan bahawa suaminya itu pernah naik tangan ke atasnya pada tahun 2020. 

Namun kemudiannya, Puteri Sarah telah diselamatkan oleh ibu mertuanya iaitu Datin Patimah. 

Puteri Sarah terpaksa bercerita tentang hal berkenaan disebabkan tindakan Syamsul Yusof yang enggan melafazkan cerai terhadapnya. 

“Saya mulanya tak mahu bercerita tentang kejadian itu. Namun, Syamsul tidak mahu melepaskan saya.” 

Semasa kejadian berkenaan terjadi, Puteri Sarah akui dia tak membuat laporan polis kerana masih sayangkan suaminya itu.  

Jelas Puteri Sarah, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail merupakan individu yang membantu dirinya keluar dari rumah akibat dari kekasaran dibuat oleh Syamsul. 

“Ketika itu saya tak buat report sebab masih sayang, selain itu, orang kata saya buka aib pula ketika itu, jadi saya tak mahulah buat apa-apa tindakan atau report polis. Saya tidak nak buka aib malah tiada siapa tahu mengenai hal itu.” 

“Yang menyelamatkan saya masa itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya dari rumah, iaiti kira-kira tiga tahun lalu. Syamsul pun tahu punca saya keluar dari rumah kami tu.” 

Peguam yang mewakili Puteri Sarah juga berkata pihaknya mendedahkan kes memukul itu setelah Syamsul Yuosf membuat dakwaan nusyuz ke atas Puteri Sarah Liyana.  

“Kami kemukakan fakta ini setelah pihak Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah dan nusyuz.”  

“Pihak kami kena memberikan penjelasan kepada pihak mahkamah apa sebenarnya berlaku dan selepas itu Puteri Sarah ada kembali ke rumah mereka kerana jasa baik pihak keluarga mentuanya.”  

“Syamsul memberi gambaran bahawa anak guam saya yang keluar rumah tanpa izin walhal itu tak benar, kerana anak guam saya ada asas dan sebabnya.” 

Sementara itu, ketika keluar dari mahkamah, Syamsyul Yusof hanya berdiam diri saja ketika dikerumuni wartawan.

Apabila ditanya benarkan ada kes memukul, Syamsul Yusof hanya menggelengkan kepalanya.

Itulah perkembangan terkini kes mahkamah Puteri Sarah Liyana dan juga Syamsul Yusof.