Datuk Nora selamat bernikah dengan Rushdi Ramli, bukan calang-calang suaminya ni

15,561 views

Datuk Nora Ariffin telah pun sah bernikah dengan jejaka bernama Rushdi Ramli dalam satu majlis yang berlangsung malam tadi yang bertarikh 2 Disember 2021. Dikatakan Rushdi Ramli merupakan rakan kepada arwah suaminya, Johan Nawawi.

Penyanyi berumur 48 tahun ini telah muat naik satu foto kek dan caption tentang perkahwinan yang berlangsung semalam.

“Sempena malam jumaat yang merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang merupakan rakan baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Nama beliau ialah Rushdi Ramli.”

Nora yang terkenal dengan lagu Hanya Satu, dan Di Persimpangan Delima ini, memulakan kenyataan dengan permintaan maaf kerana dia memang tak mahu menghebahkan perkahwinannya itu dan tak mahu mencari publisiti.

“Saya mahu memohon kemaafan sebab dari awal lagi saya memang berniat untuk tak nak hebahkan ikatan ini. Cukuplah hanya lakukan hal yang wajib dan ikut hukum saja.”

“Prinsip yang saya pegang ialah perkahwinan merupakan satu ibadah dan hal ini amat peribadi untuk saya ceritakan, jauh sekali nak cari publisiti.”

“Jodoh, rezeki serta ajal merupakan rahsia dari Allah yang telah ditentukan. Saya terima dengan penuh sabar, redha dan penuh kesyukuran. Hanya kebaikan yang saya harap.”

Nora juga meminta agar semua orang termasuk peminat dapat doakan segala urusannya akan dipermudahkan serta dapat keluarga.

Dikesempatan itu, Nora juga mengucapkan terima kasih kepada family termasuk anak-anak dan juga menantu serta mereka yang sentiaa menyokong dan membantunya.

Dari laporan Berita Harian, suami Nora ini seorang pendidik. Namanya ialah Dr Rushdi Bin Ramli, merupakan seorang lecturer di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya. memang seorang yang berilmu tinggi.

Untuk info, Nora sebelum ini berkahwin dengan composer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992 dan mempunayi empat orang anak. Johan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2017 kerana komplikasi jantung.