Hebatnya, Intan Najuwa sambung belajar undang-undang di kolej BAC Singapore

5,308 views

Cantik, berbakat dan bijak, itulah yang boleh dilabel kepada pelakon jelita Intan Najuwa.

Baru-baru ini Intan Najuwa akui dia telahpun bergelar student semula. Kali ini Intan melanjutkan pelajaran dalam bidang law foundation di sebuah institusi private negara jiran Singapore. College berkenaan ialah BAC Singapore yang sebelum in dikenali dengan nama ITC School of Law.

Aktress berkenaan ada beberapa kali upload story di Instagram miliknya, dan memang nampak dia kini busy seperti seorang pelajar.

Kemudian ada peminat yang bertanya kepadanya adakah dia kini sedang melanjutkan pelajaran, maklumlah mereka ingatkan Intan Najuwa sedang berlakon sebagai seorang pelajar.

Rupanya memang benar, Intan Najuwa kini merupakan seorang pelajar di usianya yang baru berumur 24 tahun.

Ini soalan dari seorang peminat Intan Najuwa: “Adakah awak ni sedang sambung belajar bidang undang-undang, bidang law.

Intan Najuwa kemudian memberi jawapan dan mengesahkan hal berkenaan; “Ya benar, saya sekarang ni dah sambung pengajian Law Foundation kat kolej BAC Singapura. Memang busy habis, sampai tak ada life, sebab asyik bekerja dan belajar setiap hari.

Komen Intan Najuwa itu diikuti dengan beberapa emoji wajah gelak.

Berbicara tentang kerjayanya, Intan Najuwa dilihat amat aktif berlakon. Antara karya yang bakal ditayangkan ialah drama untuk slot samarinda iaitu drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Drama ini menggandingkan Intan Najuwa dengan pelakon sasa Idris Khas. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Syazwan Zulkifli, Syakilla Khoriri, Wafariena, Jasmin Hamid dan Edika Yusof.

Apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada Intan Najuwa dalam kesemua bidang yang diceburi. Memang bagus terus belajar dan menimba ilmu, kerana ianya akan menjadi amat berguna di masa akan datang.