“Terkejut dia buat kenyataan begitu, tak bertudung pun boleh nyanyi nasyid” Hafiz Hamidun

529 views

Sebelum ini, salah seorang ahli Rabbani iaitu Azadan ada memberi ulasan tentang kemenangan Datin Alyah dan Cat Farish di AIM23 dalam kategori lagu nasyid terbaik. 

Azadan dilihat mahu kumpulan nasyid ada kategorinya tersendiri sekaligus seakan kurang setuju Alyah turut serta dalam kategori berkenaan. 

Namun begitu, kenyataan dari Azadan ini tak dipersetujui oleghHafiz Hamidun. 

Hafiz Hamidun yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Unic menyatakan, tak patut sekiranya kumpulan nasyid ini ada kategori sendiri. 

Sebagai komposer, bagi Hafiz Hamidun, lagu nasyid ini boleh dinyanyikan oleh sesiapa saja. 

“Sebenarnya saya terkejut juga apabila dapat tahu Azadan buat kenyataan sedemikian. Apabila dia cakap macam tu, ini seakan dia menolak orang lain untuk menyanyikan lagu nasyid.” 

“Kalau macam tu, adakah kumpulan Rabbani tak boleh terlibat dengan genre atau lagu kategori lain seperti contoh seperti lagu patriotik atau lagu tradisional.” 

Bagi Hafiz Hamidun, semua penyanyi berhak untuk nyanyi lagu ketuhanan. 

“Bagi pendapat saya, memang tak ada eksklusif lagu nasyid ni hanya untuk penyanyi nasyid. Patut kita taikan semua orang untuk naynayi lagu ketuhanan.” 

“Dan tak kiralah jika mereka ni bertudung atau pun tak, semua orang layak untuk masuk syurga.” 

Jelas Hafiz Hamidun lagi, setiap pandangan yang dilontarkan haruslah dibuat dengan teliti agar tak beri kesan kepada orang lain. 

“Mungkin mereka pun ada hantar pencalonan tapi tak berjaya. Saya rasa itu merupakan pandangan peribadi dia tetapi saya memang tidak bersetuju dengan pendapat itu. 

“Kena berhati hati untuk beri pandangan, takut akan ada impak di masa akan datang kelak.” 

Itulah pendapat dari Hafiz Hamidun tentang komen dari Azadan, dari kumpulan Rabbani tentang kemenangan Alyah dalam kategori nasyid.