Datuk Yusof Haslam dan isteri, berbuka bersama besan, ibu bapa Puteri Sarah

2,836 views

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana ada muatnaik beberapa gambar terkini dirinya dan juga anak-anak. 

Yang menariknya, semalam, Puteri Sarah telah muatnaik foto ibu bapa kandungnya bersama dengan ibu bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah Ismail. 

Keempat empat mereka ini telah makan bersama, berbuka puasa bersama malam tadi.  

Dari apa yang ditulis, mereka tampil bersama sama sempena sambutan hari lahir buat anak kedua Puteri Sarah iaitu Sumayyah. 

Sumayyah menyambut hari lahirnya yang keempat di bulan Mac pada tahun ini. 

Di ruang caption di foto ayah serta ayah mertua, Puteri Sarah Liyana menulis kedua ayahnya ini memang amat dihormatinya, apatah lagi mereka berdua tetap sayang dengan Puteri Sarah, walau apa yang sedang terjadi. 

“Dua figura yang teramat saya hormati. Dua figura yang sentiasa menjaga diri Sarah serta sayang pada Sarah.”  

“Besan’s for life. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan sehinggalah ke akhir hayat, tak kiralah apa yang berlaku di masa akan datang.” 

“Terima kasih sentiasa hormati keputusan Sarah buat.” 

Untuk satu lagi foto, iaitu foto keempat empat besan ini pula, ini caption yang ditulis oleh Puteri Sarah Liyana. 

“Bulan Ramadhan yang dapat merapatkan silaturrahim. Sumayyah birthday celebration.” 

Ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah kemudian dilihat ada meninggalkan satu komen kepada gambar yang dimuatnaik oleh Puteri Sarah ini. 

Berikut merupakan komen dari Datin Patimah. 

“Ya tuhanku, semoga silaturrahim ini akan berterusan sehinggalah ke akhir hayat, amin. Happy birthday kepada puteri, Sumayyah.” 

Ini pula gambar birthday girl Sumayyah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menulis komen gembira dengan apa yang mereka lihat. Tak kurang juga yang mempersoalkan apa yang Syamsul Yusof rasa melihat foto ini, selain tak kurang yang bertanya apa perasaan Kazar, family isteri kedua Syamsul Yusof.

Apapun, lebih ramai yang memuji keharmonian antara Datuk Yusof Haslam serta isteri dengan besannya iaitu ibu bapa Puteri Sarah. 

Ramai yang mendoakan agar hubungan Datuk Yusof Haslam dengan besan akan terus berkekalan.