Pelakon Fathia Latiff mengundang tanda tanya serta persoalan dari orang ramai setelah membuat luahan hati baru-baru ini.
Fathia Latiff dilihat ada mendedahkan dirinya terlibat dengan satu insiden mleibatkan keretanya dengan seorang wanita tak dikenali.
Kemudian terlibat juga dengan satu lagi insiden yang memperlihatkan dirinya berselisih pendapat dengan ahli keluarganya sendiri.
Semuanya bermula apabila Fathia Latiff mengatakan dirinya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang makcik di Shah Alam.
Fathia Latiff ada hubungi ayahnya, namun kurang senang dengan saranan dari ayahnya itu.
“Salam bulan Ramadan. Saya memang tidak faham dengan manusia zaman sekarang ni. Haritu saya ada di Shah Alam Mall, drive kereta nak masuk ke parking di sebelah kiri.”
“Masa saya nak masuk parking, ada sebuah kereta di depan saya telah mengundur dan melanggar saya.”
“Pemandu tu pun turun dan saya terus call ayah saya. Kemudian ayah saya suruh dia call polis. Saya jadi macam sedih tiba-tiba polis suruh datang buat aduan, jika tidak polis akan keluarkan waran.”
“Saya tak tahu nak buat apa, saya call lagi ayah saya dan ayah saya cakap suruh wanita tu, bagi tahu polis. Saya memang blur, saya pun beritahu makcik tu untuk beritahu pada polis.”
“Kemudian, saya terlupa kena buat aduan polis dalam masa 24 jam. Dan paling saya sedih, mengapa ayah saya tak suruh saya yang buat aduan tapi dia suruh wanita tu yang buat aduan.”
“Saya rasa sedih kerana rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan kat saya. Setiap kali saya nak meluahkan perasaan isi hati, saya mesti rasa macam ada orang yang nak halang dan ganggu saya untuk tak bercakap benar.”
Luahan dari Fathia Latiff di laman media itu ternyata mendapat reaksi yang kurang baik dari keluarganya.
Kemudian, Fathia Latiff sekali lagi buat live, menunjukkan dirinya sedang bertelagah dan berselisih pendapat dengan ibunya dan keluarganya tentang hal berkenaan.
Ada suara dikatakan ibunya, meminta Fathia untuk fikir dulu serta jangan terlalu nak buat live saja.
“Tak perlulah nak buat live sampai nak post di laman media sosial semua. Tahu tak berapa banyak orang yang baca? Kenalah clarify dulu dengan Abah kalau Kak Ya rasa betul. Apa ni Kak Ya? Kak Ya kenalah tenang diri dan fikir secara waras, jangan buat macam ni.”
Ini pula reaksi dari Fathia Latiff sambil buat live.
“Kak Ya tak faham mengapa tak boleh nak luahkan apa yang rasa di media sosial. Kak Ya rasa amat terancam sekarang ni, Kak Ya takut.”
Ini videonya.
@xtra_my Apa yang berlaku ni? ???????? #fyp #xtramy #fathialatif #gaduh #keluarga #mediasosial #terancam #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA
Pelbagai respon dari orang ramai terhadap video itu yang mana kebanyakkan merasakan Fathia Latiff tak perlu nak up semuanya di laman media sosial, dan pelik dengan tindakan Fathia Latiff itu.