Antara nama yang turut terpalit dengan kisah perkahwinan kedua Syamsul Yusof dengan Ira Kazar dan tentunya bapanya iaitu pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi, 63 tahun.
Namanya mula menjadi bualan setelah ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah yang pernah menyatakan tak mahu menerima keluarga Kazar sebagai besannya di atas perbuatannya.
Sudah masuk ke bulan Ramadhan dan bulan puasa ini, menerusi satu temubual bersama Mstar, Kazar berkata dirinya kini lebih banyak mengamalkan konsep untuk bersabar, itulah hikmahnya.
Antara yang dilakukan dalam usaha untuk baiki diri ialah Kazar kini sudah kurangkan dirinya dengan laman media sosial sepanjang Ramadhan.
“Di bulan Ramadhan ini, macam saya dah kuranglah tengok media sosial, macam Instagram sebab nak cubalah menghormati bulan Ramadhan, saya pun cuba perbaiki diri setiap tahun.”
“Berbanding tahun lepas, tahun ini kena improve la sikit. Lepas tu tahun depan pula, improve lagi.”
“Bulan Ramadhan ini kena banyak bersabarlah, itu yang saya belajarlah. Akhir-akhir ni pun memang saya banyak bersabar dan dah terbukti kesabaran itu ada banyak ganjarannya.”
Ditanya tentang pengalaman yang tak boleh dilupakan dalam bulan Ramadhan, Kazar Saisi menyatakan bahawa pengalaman jalani penggambaran bersama arwah Mamat Khalid, antara memory yang dia ingati selalu.
“Kalau ikutkan apa yang saya tak boleh lupa ialah arwah mamat Khalid lah. Memang rindu dengan arwah Mamat Khalid, dia pun banyak buat naskah yang sukar dilupa orang ramai macam cerita Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa semua tu.”
“Karya dia ni dalam ketawa banyak pengajarannya. Memang dia ni tiada penganti, tetapi apapun hidup ni perlu diteruskan.”
Kazar Saisi kini masih lagi aktif dalam dunia seni lakonan dan ketiak ini pun sedang jalani penggambaran untuk sebuah drama.