Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa gusar dengan tindakan anaknya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Ini ekoran tindakan Syamsul Yusof yang mahu memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI.
Bukan sedikit nilainya, malah Syamsul sendiri menulis amhu ambil tindakan dengan menyaman dengan jumlah yang amat besar iaitu RM10juta.
Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Yusof Haslam akui pelik dengan apa yang dilakukan oleh Syamsul itu dan mengharapkan ianya tak akan mengeruhkan lagi keadaan.
Ini komen dari Datuk Yusof Haslam seperti yang dilaporkan Berita Harian.
“Saya memang rasa pelik dengan tindakan dari Syamsul itu. Namun begitu, tak perlulah saya mengulasnya secara lebih.”
“Cumanya sebagai orang tua, sebarang bapa, saya berharap tindakan yang dibuat oleh Syamsul itu, tidak akan mengeruhkan keadaan sekarang ini.”
Walaupun apa yang terjadi, sebagai ibu bapa, dia dan isteri akan mendoakan buat Syamsul Yusof.
“Saya dan isteri saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak kami, Syamsul.”
Semalam, Syamsul Yusof mendapat liputan meluas ekoran tindakannya membuat kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak Jawi.
Dikatakan Syamsul berbuat sedemikian kerana mendakwa pihak Jawi telah memberi maklumat yang tak benar kepada keluarganya berkaitan hal bahawa dia dah berkahwin lain.
Secara tegas, Syamsul Yusof mengatakan bahawa isu itu tak benar sama sekali.
Namun begitu, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana juga ada memberi reaksi dan berasakan tindakan dari suaminya untuk ambil tindakan saman menyaman itu tak wajar.
Puteri Sarah Liyana telah mempersoalkan tindakan Syamsul Yusof mahu ambil tindakan undang-undang dan berharap suaminya itu berterus terang dan mengaku saja.
Ketika ini, Syamsul Yusof sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya yang dijangka menjadi hit manakala Puteri Sarah Liyana sedang bercuti bersama anak-anak di Jepun.