Syamsul Yusof nak menyaman, ini reaksi balas Puteri Sarah Liyana

1,397 views

Semalam, Syamsul Yusof telah membuat kenyataan bahawa dia akan ambil tindakan undang-undang ekoran berita tentang dia dah kahwini wanita bernama Ira Kazar jadi bualan ramai. 

Pengarah filem Mat Kilau ini menyatakan bahawa dia akan ambil tindakan terhadap Jawi kerana menyampaikan berita yang tak benar kepada keluarganya berkenaan isu dah kahwin lagi. 

Setelah Syamsul Yusof nak ambil tindakan undang-undang, isterinya Puteri Sarah Liyana dilihat antara yang pertama memberi respon. 

Puteri Sarah Liyana, 37 tahun, terus mempersoalkan tindakan Syamsul Yusof yang mahu menyaman pihak Jawi. 

Kata Puteri Sarah, adalah lebih baik suaminya itu mengaku saja yang yang dilakukan olehnya. 

“Tiba-tiba je nak saman-menyaman. Jadi betullah cerita tu, baik mengaku sajalah kan. Ini masanya untuk mengaku semuanya.” 

Jelas Puteri Sarah lagi, lebih baik Syamsul Yusof umumkan saja berita baik itu, yang mungkin merujuk tentang hal dah kahwin lagi. 

“Hal macam ini secara tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman untuk apa motifnya. Hal yang baik itu lebih baik umumkan saja sebelum menimbulkan prasangka daripada family kamu sendiri.” 

Kata Puteri Sarah, perkara yang sebenar akan diketahui juga kelak. 

“Kebenaran akan muncul juga nanti.” 

Itulah respon serta kenyataan dari Puteri Sarah Liyana setelah mengetahui bahawa Syamsil Yusof mashu menyaman pihak Jawi dengan jumlah sehingga sepuluh juta. 

Buat masa sekarang, Syamsul Yusof nafi bahawa dia sudah berkahwin lain kerana itu mahu meneruskan tindakan undang-undang ke atas Jawi kerana mendedahkan maklumat tak benar kepada family nya.  

Untuk info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2014 dan kini mempunyai dua orang anak yang amat comel, seorang lelaki dan seorang perempuan.