The Masked Singer minggu pertama, ramai terkejut Misha Omar markah terendah, tersingkir

675 views

The Masked Singer Malaysia musim ketiga telah bermula semalam, dan peserta masing-masing tampil dengan topeng istimewa mereka. 

Untuk musim kali ini, nampaknay ada satu perubahan yang amat besar apabila ada peserta tersingkir di minggu pertama lagi. 

Peserta dengan kostum dan topeng Cik Mawas telah mendapat markah yang terendah dan akhirnya diumumkan sebagai tersingkir di akhir rancangan. 

Seperti biasa, setelah tersingkir, peserta akan membuka topeng dan mendedahkan wajahnya. 

Akhirnya topeng Cik Mawas dibuka, dan penyanyi yang berada di sebalik kostum itu ialah penyanyi yang amat hebat iaitu Misha Omar. 

Ramai yang terkejut juga apabila melihat Misha Omar disebalik topeng itu. 

Bagaimana penyanyi hebat seperti Misha Omar berada dikedudukan terendah. 

Hal ini tak berakhir di situ saja, ada satu kejutan yang dimumkan. Sebenarnya Misha Omar tak tersingkir tetapi penyanyi ini terus diumumkan sebagai juri.   

Maka barulah make sense, ini semua kejutan saja. Mana mungkin Misha Omar dapat markah terendah.

“Sebenarnya tiada penyingkiran untuk minggu ini sebab Misha Omar akan sertai anda sebagai salah seorang juri.” 

Fuh memang terkejut lah kalau Misha Omar tersingkir, rupanya propa saja, untuk memberi satu debaran buat semua.  

Dalam pada itu, kata Misha Omar, dia amat gembira diberi tugasan sebagai juri dan ini satu pengalaman baru buat dirinya. 

“Tugas sebagai juri ini satu benda yang baru untuk karier saya dan tentunya akan memberi kenangan yang amat manis untuk saya.” 

Selain Misha Omar, juri lain ialah Ella, Shuib, Atu, Sharnaaz, Emma Maembong, Didie Alias, Zul Ariffin dan juga Kak Lina Pompom. 

Rancangan The Masked Singer Malaysia sebelum ini dijuarai oleh Aina Abdul pada musim pertama dan Shila Amzah pada musim kedua. 

Mari kita layan The Masked Singer Malaysia setiap hari Jumaat.