Pesanan Saari Amri kepada Dato Hattan

6,995 views

Pengubah lagu dan penulis lirik, Saari Amri telah ditemubual ekoran cara penyanyi Datuk Hattan menjawab pertanyaan dari seorang pembaca berita yang tular baru-baru ini. 

Saari yang kini berumur 57 tahun, berkata, Hattan seharusnya menjaga percakapannya ketika berbicara. 

Apatah lagi Hattan telah pun pernah mengerjakan haji dan juga mempunyai gelaran sebagai seorang Datuk. 

Ini pesanan dari Saari Amri kepada Hattan. 

“Sedikit sebanyak dia kenalah beringat, dia ni pernah pergi buat haji, pun ada title sebagai seorang Datuk, sepatutnya kena control lah sikit cara percakapan tu.” 

“Jangan nak fikir dia tu sebagai seorang star, cakap nak sedap mulut saja.” 

“Cara Hattan tu memang kasar lah, memang saya kesian dengan pembaca berita tu sebab kena dengan Hattan dengan cara percakapan dia tu. Sepatutnya cakap tu patut lebih sopan sikit lah atau slow sikit.”

Bagi Saari Amri, dia memang dah kenal Hattan ni sebagai seorang yang mulut laser, dan merasakan Hattan memang seorang yang sukar untuk meminta maaf. 

“Jikalau dia buat permohonan maaf, maka kejantanannya akan tercabarlah dan akan jatuh, jadi mungkin lebih baik diam diri saja.”  

“Dia ni memang seorang yang susah nak minta maaf, bagi pendapat saya lah.”  

“Saya dah lama kenal Hattan dan tahu macam mana karakternya, mulutnya tu memang laser dan tak ada tapis.” 

Tentang pembaca pemberita yang menyebut namanya walaupun dikatakan sudah arwah, Saari Amri langusng tidak kisah.  

“Apabila pembaca berita itu ada cakap nama saya, memang terkejut juga tetapi tak sangka masih ada orang yang ingat lagi pada diri saya.” 

“Saya tak ada terasa atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya dah tak ada di dunia ini. Sekurangnya masih lagi ada orang ingat nama Saari Amri.”

Ditanya kenyataan Hattan yang berkata kini dia tahu siapa kawannya, Saari berkata apa yang dia buat tu salah macam mana orang nak back up dirinya.

“Dah apa dia buat tu silap, perbuatan tu tak betul, siapa yang nak bela dia. Kalau dia buat tu perbuatan yang betul, akan ramai orang yang datang membela.”

Itulah jawapan dari Saari Amri, antara komposer lagu lagenda tanah air, yang membawa naik nama seperti Ziana Zain, kumpulan Slam dan juga Ukays.