Datuk Yusof Haslam tak dapat tahan air mata bila bercerita tentang Syamsul Yusof

4,126 views

Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah dilihat selalu saja memberi sokongan kepada Puteri Sarah Liyana di dalam isu melibatkan anaknya Syamsul Yusof, yang kini sedang berbahagia bersama isterinya Ira Kazar. 

Walaupun selalu menyokong Puteri Sarah, sebagai ibu bapa, Yusof menjelaskan, dia sebenarnya sentiasa mendoakan anak-anaknya untuk berjaya di dunia dan juga akhirat. 

Melalui satu luahan di Melodi hari ini, pengarah dan juga penerbit ini meluahkan rasa sayu ketika ditanya tentang anaknya itu. 

Jelas Yusof Haslam, dia pun tak ingat, bila kali terakhir bertemu dengan Syamsul. 

“Kali terakhir jumpa, saya pun dah tak ingat dah. Lama juga.” 

“Setahun yang lalu, masa mak mertua saya sakit, dia ada datang rumah, masa tu mak Syamsul hubungi dia dan dia pun datang. Ketika itu saya ada jumpa dia dan berbual sekejap saja.” 

“Itu yang terkahir. Sebelum tu, memang dah lama dah, bertahun tak balik.” 

“Bagi saya tak apalah. Mungkin sebagai anak ada hal yang dia kurang berpuas hati.”  

Sebagai ayah, Yusof Haslam tetap memberi ruang kepada anaknya itu. 

“Bagi saya, dia sentiasa diberi masa, terserah kepada Syamsul, untuk balik jumpa dengan emak dia. Tapi kalau tak mahu juga, terserahlah, tepuk dada tanyalah selera.” 

“Kami berdua dah nak masuk umur 70 tahun, jadi kita pun tak tahu bila kita akan tiada lagi. Rakan dalam industri saya pun ramai yang dah pergi.” 

Datuk Yusof kemudian ada menyatakan agar Syamsul jangan tunggu terlalu lama. 

“Janganlah tunggu sampai ibu ayah kau dah tak ada nanti, baru nak cari.” 

“Jangan anggap apa yang papa dan mama luahkan tu, sebagai mahu rendahkan kamu, tidak sama sekali.” 

“Kita sentiasa doakan yang baik-baik buat Syamsul.” 

“Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu, dan juga dengan keluarga.” 

“Wang ni bukanlah segala-galanya.” 

Ditanya sama ada rindu dengan anaknya itu, Datuk Yusof tak dapat menahan sebak, lantas mengalirkan air matanya. 

“Sudah tentu kita sayang anak kita, tak ada istilah kita tak suka dengan anak sendiri.” 

Tangisan Yusof Haslam apabila berbicara tentang anaknya itu membuat ramai yang turut sayu. 

Ini video penuh tangisan Yusof Haslam di Melodi. 

Semoga Syamsul Yusof akan terbuka hati selepas ini, dan kembali berbaik baik dengan ibu bapanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, serta keluarga.