Jika kalian tengok anugerah MeleTop Era baru-baru ini, antara segmen yang membuatkan bulu roma meremang ialah ketika persembahan di segmen tribute to Siti Sarah.
Antara yang menjadi perhatian ialah nyanyian bertenaga dan penuh penghayatan dari Misha mendendangkan lagu berjudul Bersamamu lagu milik arwah Siti Sarah.
Malahan, suami kepada arwah Siti Sarah iaitu Shuib akui amat tersentuh dengan persembahan berkenaan.
Shuib memuji nyanyian dari Misah Omar pada malam itu, semamangnya menusuk kalbu.
Tentang persembahannya pada malam itu, Misha berkata dia memang berusaha keras untuk mendapat penghayatan semsa nak buat persembahan berkenaan.
Misha Omar memberitahu, untuk mendatangkan roh di atas pentas, dia sampai tidur dengan lagu Siti Sarah.
“Setelah menerima tugasan untuk membawakan lagu milik Siti Sarah dalam segmen tribute itu, saya tidur dengan lagu lagu arwah, hampir setiap malam.”
“Saya nak ada roh Sarah dalam setiap bait nyanyian saya. Syukur sangat sebab Shuib pun sedari ada ‘suara’ Sarah dalam nyanyian saya tu.”
Sementara itu, Misha Omar mendedahkan pada awalnya dia merancang nak guna mikrofon milik Sarah ketika menyanyi dan ianya merupakan sebagai tanda penghormatan kepada Sarah.
“Sebenarnya kalau ikut plan asal, saya nak menyanyi dalam segmen tribute guna mikrofon milik Sarah.”
“Saya nak bawa benda yang akan dapat mengingatkan kita semua lebih dekat tentang arwah Sarah, bukan saja melalui lagunya, tetapi juga dengan instrumen yang menjadi miliknya iaitu mikrofon.”
Hasrat berkenaan bagaimanapun terpaksa dilupakan, ini penjelasan lanjut dari Misha Omar.
“Namun begitu, saya akhirnya membatalkan hasrat berkenaan, kerana saya bimbang tak dapat nak kawal perasaan dan akan menangis atas pentas.”
“Terlalu banyak kenangan yang berlaku di antara diri saya dan Sarah, termasuk kisah di sebalik mikrofon.”
Itulah komen dan komitment dari Misha Omar ketika nak menyanyikan lagi arwah Siti Sarah.