“Dia ada whatsapp mahu menggugurkan kandungan” Hafidz Roshdi report polis

2,190 views

Pagi ini Hafidz Roshdi telah hadir ke mahkamah untuk kes sebutan pengesahan penceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada. 

Kes in telah ditunda ke tarikh yang baru kerana permohonan baru dari pihak Nurul Shuhada, yang mengatakan Hafidz telah melafazkan talak lebih awal. 

Pihak mahkamah akan mendengar dari kedua dua pihak dan keputusan akan dibuat pada bulan Jun nanti. 

Sebaik keluar dari mahkamah, Hafidz Roshdi ditemui pihak media dan memberikan sedikit kenyataan. 

Antara kenyataan yang menjadi perhatian ialah pendedahan dari Hafidz Roshdi yang telah membuat report polis ke atas Nurul Shuhada. 

Jelasnya, dia ada bukti bahawa Nurul Shuhada ada meminta untuk kos mengguhurkan kandungan. 

“Terus terang Hafidz cakap, saya berasa sedih apabila menerima berita pada tarikh 5 Mei yang lalu bahawa Shu telah keguguran anak ketiga kami. Saya terima berita ini dari pihak peguam.” 

“Kini ianya dalam siatan pihak polis, kerana saya telah buat laporan kepada pihak polis tentang pengguguran itu, moga ianya dapat diselesaikan dengan baik.” 

“Dia ada whatsapp pada saya yang dia cakap mahu menggugurkan kandungan. Tapi tahu-tahu dia dah keguguran.” 

Dari laporan Harian Metro, Hafidz Roshdi buat laporan polis disebabkan mendakwa isterinya ada meminta kos untuk menggugurkan kandungan dan menegaskan ada bukti tentang hal tersebut. 

“Alasannya, panjang. Di antaranya ialah, dia mahu fokus dengan hidup baru. Kemudian kata dia, nak bela dua anak pun dah setengah nyawa, mahu tambah pula kalau tiga.” 

“Dia ada minta wang untuk kos pengguguran. Saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit atau hospital. Oleh itu, saya nak tahu tentang hal itu.” 

“Memang saya tak bersetuju untuk dia gugurkan kandungan malah dah cuba halang dia, saya ada cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik kerana saya yang akan bertanggungjawab.” 

“Saya halang dengan hantar mesej di Whatsapp. Selepas dapat tahu tentang berita keguguran itu, saya tak ada contact dia lagi.”

Dalam pada itu, Nurul Shuhada berkata dia dah pun mendapat panggilan dari pihak polis berkenaan hal itu. 

“Shu dah dapat call dari polis tentang hal berkenaan tetapi Shu masih belum beri sebarang kenyataan. Masa dapat call tu Shu ada di Kuala Lumpur untuk bekerja.” 

“Sebenarnya dah beritahu apa yang terjadi kepada pihak peguam pihak di sana, namun Shu tak tahu mengapa mereka masih tak faham.” 

Itulah kenyataan dari pihak Hafidz Roshdi dan juga Nurul Shuhada tentang kes keguguran anak mereka.