Nurul Shuhada umum sudah keguguran anak ketiga

881 views

Sebelum ini isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah mendedahkan dirinya hamil anak ketiga, pada pertengahan bulan April yang lalu. 

Namun begitu, semalam Nurul Shuhada membuat pengumuman bahawa dirinya kini telah pun alami keguguran. 

Nurul Shuhada telah alami keguguran di usia kandungannya mencecah 14 minggu baru-baru ini. 

“Dengan berat hatinya saya mahu memberitahu satu berita yang agak sedih yang mana saya telah pun alami keguguran baru-baru ini.”  

“Antara sebabnya ialah kerana yang pertama memang dah Allah yang takdirkan bahawa Shu tak dapat nak teruskan kandungan Shu.” 

“Keduanya, memang saya alami tekanan dan tak dapat nak kawal Shu punya tahap stress. Selain itu Shu juga tidak dapat makan ubat untuk mengawal depression.” 

Kata Nurul Shuhada lagi, dia membuat pengumuman itu agar tidak berlaku sebarang masalah di masa depan kelak dan mahu menafikan dirinya sengaja mahu keguguran. 

“Tujuan saya bercerita tentang hal ini adalah untuk elakkan sebarang masalah dan kekeliruan di masa akan datang.” 

“Sekali lagi saya diuji apabila dituduh sengaja menggugurkan kandungan. Oleh itu saya buat kenyataan ini untuk menepis sebarang tuduhan tak berasas selepas ini.” 

Bagi Shu, semuanya merupakan takdir yang telah pun diaturkan buat dirinya. 

“Saya yakin Allah ada aturan yang lebih baik buat diri saya. Dengan itu, saya ingin memohon doa dan kata-kata positif dari semua orang, doakan Shu dan juga anak-anak.” 

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada kini akan dibicarakan untuk pengesahan lafaz talak yang dilakukan oleh Hafidz ke atas isterinya itu.  

Kes Hafidz Roshdi dan juga Nurul Shuhada akan diadakan di Mahkamah Shariah Shah Alam pada hari ini, 9 Mei 2023.