Penyanyi Wany Hasrita, 30 tahun, selamat diijabkabulkan dengan suami bernaam Al Adib Fahmi pada hari Jumaat yang lepas.
Bertunang pada Februari yang lalu, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis oleh bapa Wany iaitu Hasbullah.
Majlis berkenaan dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak seramai lebih kurang 300 tetamu.
Pada hari Ahad, satu majlis kesyukuran dan persandingan diadakan oleh pasangan pengantin baru ini di Ruscus Hall Forest Valley.
Semasa di majlis ini, pihak media sempat menebual Al Adib Fahmi, dan bertanya pendapatnya tentang Wany Hasrita.
Kata Al Adib Fahmi, dia jatuh cinta dengan Wany kerana sikapnya yang baik hati.
“Saya terpikat dengan Wany Hasrita disebabkan dirinya yang memiliki hati yang baik dan tidak gemar bercakap yang tak baik tentang orang lain.”
Mohd Al Adib juga mendedahkan satu lagi sikap Wany Hasrita iaitu jarang merungut walaupun mempunyai masalah, selain sentiasa meluahkan rasa syukur.
Al Adib yang merupakan seorang pilot, memberitahu dia tak kisah Wany Hasrita untuk terus dalam bidang seni asalkan berpada-pada.
“Jika ada peminat Wany meminta untuk ambil gambar dan bual biasa, itu tak ada isu. Cumanya, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi serta karier saya.”
“Untuk syarat Wany dalam bidang seninya, saya rasa mudah saja. Sebarang yang dia akan buat atau jika dia ada tanya saya, kemudian saya akan tanya dia balik, kalau saya pula yang buat okey tak? Ianya dilihat bagaikan reverse psychology.”
Ini pula syarat utama dari Adib kepada Wany Hasrita.
“Syarat utama yang saya beritahu dia ialah untuk melabuhkan sikit tudungnya. Itu yang utamalah. Dan untuk masak tu pula, kini zaman dah lain dan ada pelbagai kemudahan untuk mendapatkan makanan. Dia pun tak berapa pandai memasak.”
Jawapan Al Adib itu membuat pihak media tertawa, lantas Wany Hasrita kemudian ada mencelah yang dibukannya tak pandai memasak.
“Bukan tak pandai, sebab memang jarang masak, sebab tu tak mahir sangat.”
“Lepas saja urusan majlis ini semua selesai, esok saya akan fikir nak masak apa untuk suami. Apapun, biar kami selesaikan segala urusan majlis ini dulu.”
Ini video penuhnya.
Sementara itu, Wany Hasrita berkata dia dan suami ketika ini akan duduk jarak jauh dulu.
“Kami dan plan nak settle down duduk bersama, tetapi bukan waktu terdekat sebab urusan kerja masing-masing.”
Tahniah buat Wany Hasrita dan juga suami Mohd Al Adib Fahmi.