“Dia tak kenal isterinya sendiri ” Diana Danielle

2,638 views

Kes melibatkan pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil masih lagi sedang berjalan. 

Kedua mereka ada saling berbalas kenyataan di laman media sosial. 

Sungguhpun Diana Danielle mahukan perpisahan, Farid Kamil sebelum ini beriya iya mahu menyelamatkan perkahwinan mereka. 

Namun begitu, bagi Diana Danielle, dia sudah hilang rasa cintanya pada Farid. 

Katanya, setelah Farid Kamil melemparkan tuduhan bahawa Diana Danielle mempunyai hubungan dengan orang lain, sebagai orang ketiga, cinta terus pudar. 

Diana Danielle melabel suaminya itu sebagai suami yang tak kenali isteri sendiri.  

“Seandainya awak terdetik sejenak dengan fikir bahawa saya ni ada lelaki lain, itu merupakan bukti asas awak tak mengenali diri saya.”  

“Selepas cinta saya terhadap awak sudah pudar, saya kini dah tak mampu menanggung kesakitan dan membiarkan hati saya dihancurkan semula.” 

Luahan dari Diana Danielle itu dimuatnaik menerusi satu hantaran di Ig story miliknya. 

Dalam pada itu, di hari raya tahun ini, Farid Kamil telah menyambut hari raya bersama anak lelakinya iaitu Mohamad, 10 tahun, di kampungnya di Kedah. 

Manakala Diana Danielle menyambut hari raya bersama anak perempuannya iaitu Aurora, 8 tahun di Kuala Lumpur.  

Namun begitu, menerusi beberapa perkongsian, Farid Kamil dilihat telah kembali bertemu dengan anak perempuannya itu dan bercuti bersama sama. 

Sebelum ini, Diana Danielle mengatakan Aurora telah trauma dengan apa yang terjadi setelah didena oleh Farid Kamil kerana memetik cili.  

Kes antara Diana Danielle dan juga Farid Kamil akan bersambung dua minggu lagi. 

Mereka akan menghadiri prosiding perbincangan sulh kali kedua yang dijadualkan pada tarikh 25 Mei 2023. 

Untuk info, Diana Danielle telah memohon permohonan penceraian daripada Farid Kamil setelah hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga sejak tahun 2012.