Polis selesai siasat Shu, memang tak ada kes “Saya tak bersalah”

956 views

Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, telah membuat satu kenyataan hari ini berkaitan isu anak ketiganya yang telah pun keguguran baru-baru ini. 

Oleh kerana Hafidz Roshdi buat report polis ke atas Nurul Shuhada, kes ini telah disiasat pihak polis. 

Nurul Shuhada telah pun memberi keterangan dan pihak polis telah pun selesai menyiasat kes ini. 

Jelas Shuhada, polis mengesahkan bahawa memang tak ada sebarang kes pun yang terjadi. 

“Syukur alhamdulillah, siasatan telah pun selesai. Tiada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat ke atas diri saya untuk isu ini.” 

“Apabila dah tiada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tidak jaga baik-baik kandungan anak ketiga, konon sengaja mengugurkannya, adalah tidak benar dan tak tepat sama sekali.” 

Shuhada juga mempersoalkan tindakan Hafidz Roshdi membuat kenyataan media tentang isu ini, sehingga buat report dua kali ke atas Shuhada. 

“Entah apalah agaknya niatnya tu. Saya sekarang ini dah sampai ke tahap redha saja. Buatlah apa yang dia nak buat. Saya hadap sajalah.” 

Jelas Shuhada lagi, dia tak gentar untuk berdepan dengan tuduhan dari Hafidz Roshdi itu kerana mempunyai bukti punca sebenarnya kegugurannya.  

“Tak mengapalah, saya ada laporan dari pihak doktor bahawa saya ni telah keguguran akibat tekanan. Saya memang ada bukti laporan perubatan keadaan diri saya ni, biarlah bukti yang menyokong saya, bukannya skrip yang direka-reka.” 

“Hari ini sah saya tidak bersalah.”

Selain itu, Shuhada sempat menjawab tuduhan bahawa dia tak memberi kebenaran tentang Hafidz Roshdi mahu berjumpa anaknya.  

“Anak-anak pun dah berapa bulan dia tak memberi nafkah. Waktu raya pun terpaksa minta, barulah dibayar. Apa yang dimaksudkan dengan bertanggungjaawab.” 

“Jika betullah dia risau tentang kandungan ini, sekurangnya dia ada tunjuk ambil berat. Tanya khabar pun tidak.” 

“Hafidz kata dia tak diberi peluang nak jumpa anak, tapi dia minta berjumpa anak dengan hantar notis setelah pejabat peguam saya dah tutup untuk cuti raya.” 

Jelas Shuhada lagi, Hafidz Roshdi bagaikan mahu membuat dirinya sebagai seorang ibu yang tak baik dan menunjukkan dirinya sebagai bapa yang bertanggungjawab.