Tarikh 7 Mac menjadi titik permulaan perbicaraan kes mahkamah melibatkan selebriti Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana.
Melalui sebutan pertama kes setelah Puteri Sarah menfailkan penceraian, Syamsul yusof mengambil keputusan untuk enggan melepaskan atau melafazkan talak ke atas isteri pertamanya itu.
Melalui satu kenyataan, Puteri Sarah berkata, Syamsul menyatakan kononnya masih ada lagi sinar dalam perhubungan mereka berdua.
“Dia kata tak nak lepaskan Sarah sebab dia rasa masih boleh berdamai lagi dan dia pun kata masih lagi ada sinar, sinar apanya? Dah setahun sebelum ini saya kena block, lepas tu masa saya masuk hospital pun tak tanya khabar, sinar apanya.”
“Sarah amat terkejut, mengapa dia berbuat begitu, apatah lagi sebenarnya Sarah dah setahun tak berjumpa dengan dia.”
“Lepas setahun baru hari ni berjumpa dengan dia, apa yang ada sinarnya lagim just let me go.”
“Harapnya lepaskan dengan baik, you pun dah kahwin baru, pergi la pada isteri you tu, tak apa saya pun dah tak marah. Saya pun doakan dia bahagia dengan isteri baru.”
Sementara itu, Puteri Sarah juga mengesahkan bahawa ibu mertuanya iaitu Datin Patimah pun dah bersetuju untuk tampil menjadi saksi serta akan mencelah bagi pihak Puteri Sarah Liyana.
“Sebelum Sarah nak keluar hari ni, pagi-pagi lagi di waktu subuh, mak mertua Sarah dah mesej dan Whatsapp. Ibu mertua saya kata dia pun nak jadi saksi dan mencelah, untuk kes Sarah dengan orang ketiga tu.”
“Kalau Syamsul nak mencelah sebelum ni, kini mak mertua Sarah punh nak mencelah untuk pertahankan Sarah.”
“Saya pun diselamatkan oleh ibu bapa mertua saya semasa saya keluar dari rumah kami, mereka tahu apa yang terjadi.”
Itulah komen serta kenyataan dari Puteri Sarah Liyana yang menyatakan Datin Patimah sedia menajdi pencelah untuk pertahankan dirinya.